Isnin, 6 November 2023
Marah Betul MP Jasin Ni Dengan Kerajaan Malaysia Skrg 😳
Iddah Setelah Cerai atau kematian suami - tempoh dan larangan.
Bab ..."Mengharap Belas Kasihan Allah"
Umar bin Al Khatab melaporkan, "beberapa orang tawanan itu tercari2 anaknya. Setiap kali dia berjumpa bayi dia mengambilnya lalu didakapnya lalu di susukannya. Rasullullah pun berkata , " Pada pandangan saudara2 adakah perempuan ini mencampakkan anaknya kedalam neraka?"
Kami menjawab, " Demi Allah ,tidak"
Rasullullah berkata lagi, "Demi Allah, Allah sayangkan hamba2nya lebih daripada sayangnyaperempuan-perempuan ini kepada anaknya"
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
Abu Hurairah melaporkan, "Rasullullah berkata, 'Semasa Allah menjadikanmakhlok ciptaanNya, Allah menulis di dalam buku yang ada padaNya di atas arasy, 'Rahmat Belas kasihanKu mengatasi kemarahanKu"
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
Abu Hurairah melaporkan, " Saya mendengar Rasullullah berkata, ' Allah menjadikan perasaan belas kasihan sebanyak 100 bahagian. Allah menyimpan bahagian untuknya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Daripada satu bahagian itulah makhlok-makhlok ciptaan Allah saling berkasih sayang sehingga seekor binatang mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak anaknya."
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
Dalam laporan lain, Rasullullah berkata " Allah ada100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja peda jin,manusia, binatang dan serangga. Dengan satu belas kasihan itu,mereka saling menyangi dan saling mengasihi antara satu sama lain. Dengan satu belas kasihan itujugalah binatang buas menyangi anaknya. Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi mengasihani hamba2nya pada hari kiamat."
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim
SALAM
ASSALAMUALAIKUM,
MOGA KITA SEMUA DIBERI ALLAH SIHAT WALAFIAT.
KITA MILIK ALLAH KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI.
MAAFKAN AKU UNTUK SEGALANYA.
Ahad, 5 November 2023
Semua yg kita lakukan adalah dgn izin Allah bukan kerana kita
Setiap yang kita lakukan adalah dengan izin Allah. Kita solatpon adalah Allah yang izinkan. Kita selalu berhajat kepada Allah.
Kita dapat berpuasapun adalah dengan izin Allah jika Allah tak izin kita tidak dapat berpuasa. Semua daya dan upaya kita adalah dgn izin Allah.
Jika kita bangun malam adalah dgn izin allah...Kita diberi boleh bangun malam kerana kita di beri Allah daya. Tiada daya dan upaya kita membuat sesuatu hanyalah dengan izin Allah..
Laa haulawala khuw wataillah billah...
Hidup kerana Allah, Bekerja kerana Allah, makan kerana Allah...Semuanya anugerah Allah. Kita kena beersyukur. Buat sesuatu biarlah kerana Allah.
Anniat...Tajuk buka ulama Meesir... Setiap sesuatu kena niat. Pahala ibadah..Tidur jika kita niat ...8 jam tidur dapat pahala. Sarung kasut. niat pakai kasut kerana Allah. Mari kita niat "LILLA HI TAALA"
Jika kita solat, setiap rukun solat kita niat...Betapa besarnya pahala...betapa Allah beri kita nikmat yang kita kena syukur...
Sesungguhnya kita tidak dapat menghitung permintaan yg Allah makbulkan.... Jika Allah tak perkenan di dunia ...maka Allah bagi pahala di akhirat... MaasyaAllah...Doa adalah ibadah...ada ganjaran pahala. Adanya doa menunjukkan kita sangat berhajat kepada Allah.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...