Jumaat, 13 Julai 2012

Doa' Khatam AlQuran

(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran. Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah. Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura|Leave a comment| Edit

Sabtu, 7 Julai 2012

10 SAHABAT IBLIS

Selanjutnya Rasullullah s.a.w. bertanya pula,
"Berapa banyak kawan-kawanmu dari umatku?"

Hakim yang tidak adil
Orang kaya yang sombong
Pedagang yang tidak jujur
Peminum arak
Penghasut orang lain
Orang yang beramak kerana ingin nama (riak)
Orang yang memakan harta anak yatim
Orang yang mempermudahkan solat
Orang yang tidak mahu berzakat
Orang yang suka termenung(Melamun)

(Petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A. Fuad Said)



Manusia


Di dalam tubuh terletak hati,di dalam hati terletak nyawa, di dalam nyawa terletak rahsia,di sebalik rahsia itulah Allah, sehingga di dalam hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

Terjemahan:
"Manusia adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsia manusia berserta sifat-sifatKu"

Jadi 17 rakaat solat fardhu tambah 3 rakaat solat sunat witir, jadilah sifat 20.  Itulah sifat 20 Allah.  Dengan sengaja Allah menjadikan lembaga yang indah itu manusia ataupun insan untuk menutupi rahsiaNya.  Jadi sengaja Allah mencipta manusia untuk memperkenalkan kekuasaanNya,  kebesaranNya, dan kejayaanNya.  Sesuai dengan Firman Allah s.w.t. yang membawa maksud:

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 Inilah yang sebenarnya hakikat solat( sembahyang) .  Kemudian marilah kita renungkan sejenak Surah al-Ma'uun ayat 4 hingga ayat 5 yang bermaksud:

Terjemahan:
"Celakalah mereka yang sembahyang(solat) tetapi dalam fikirannya berjalan ke mana-mana"

Sedangkan orang solat tetapi fikirannya berjalan kemana-mana masih celaka dan Neraka Whail tempatnya.  Apalah pula orang yang tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak sempurna.
Marilahkita sama-sama renungkan sejenak karya hasil ciptaan al-Marhum Prof. Dr Hamka.

'Kain basahan dibawa mandi,
Setelah mandi dibawa pulang
 Amal ibadah dibawa mati
Harta yang banyak di ambil orang"
"Kayu ara ditepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nak disembunyikan"
'Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati,
Untungnya orang yang bersembahyang,
Mukanyajernih hatinya suci"
"Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangis kamu sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi diatas dunia
Sebelum dihisab Allah dipadang Mahsyar nanti"

15 MUSUH IBLIS

Nabi Muhammad  S.A.W.
Imam yang adil
Orang kaya yang rendah hati
Pedagang yang jujur
Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
Orang beriman yang suka memberi nasihat
Orang beriman yang pengasih
Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
Orang beriman yang banyak bersedekah
Orang beriman yang berkelakuan baik
Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
Orang yang menegakkan ibadaat pada waktu malam,
 sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.

Khamis, 5 Julai 2012

Lega dgn Islam

 Barang siapa yg Allah pilih dia mendapat hidayah Allah buat dia terbuka hati kepada Islam...

Bagaimana cara untuk dapat kejayaan...

1.  Doa

2. Quran mesti selalu baca.( pegang jugak hari2, ini baca menyuburkan iman kita

3) Perintah Allah buat...Sunat dsb 

4) Elak buat yg di Larang Allah...apa yg Allah larang ,,,jauhi

5)  Jaga Akhlak jaga

6) Cari kawan yg baik2

7)  Banyak Istighfar....

8)  Ya Allah hidayahkan kami  kepada jln yg lurus...


Bacaan duduk antara dua sujud...(Rabbigh firli.)

1)        Ampunkan lah aku ya Allah

3)        Kasihani lah aku Ya Allah

3)        Tutuplah aibku Ya Allah

4)        Angkatlah darjatku Ya Allah

5)        Pimpinlah aku Ya Allah

6)        Berilah aku hidayah Ya Allah

7)        Sihatkan lah aku Ya Allah

8)        Maafkanlah aku Ya Allah.





Isnin, 21 Mei 2012