Ahad, 28 Disember 2025

Jangan kamu jadikan orang kafir sebagai pemimpin.

 



KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

 Update: Bangi Ahad 28/12/25 Bersamaan 7 Rejab 1447  



KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

 Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. 

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Mengubah Ciptaan Allah dan 2) BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Update: Bangi Ahad 28/12/25 Bersamaan 7 Rejab 1447  

Khamis, 5 September 2013


1)   Mengubah Ciptaan Allah

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.

 Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: “Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

BUMI AKAN MENJADI SAKSI 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud: Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.

 Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

 Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.


Share Khasiat Kaki Ayam

   Update: Bangi Ahad 28/12/25 Bersamaan 7 Rejab 1447  

Khamis, 21 April 2016

Share Khasiat Kaki Ayam




Berbicara tentang ceker ayam, secara pribadi aku gak doyan memakannya. Aku merasa geli kalau harus makan ceker ayam. Tapi itu aku loh. Aku gak tau dengan kalian. Ada orang  yang beranggapan bahwa mengkonsumsi ceker ayam sebaiknya tidak dilakukan terlalu sering, sebab hal tersebut bukanlah suatu kebiasaan yang harus dilakukan. Namun, di sisi lain, ada juga meraka yang begitu menggemari konsumsi ceker ayam. Dan sebagian besar dari mereka berpendapat bahwa ceker ayam adalah makanan yang begitu lezat, sehingga seringkali ceker ayam disertakan dalam menu makanan sehari-hari dan bahkan menjadi bahan menu utama menu makanannya.

Tekstur yang unik serta rasa yang gurih dari ceker ayam, membuat penggemarnya dimanjakan dengan sensasi yang begitu khas dari ceker ayam. Betapapun, sesungguhnya mengkonsumsi ceker ayam bukanlah sebuah ide yang buruk dan bahkan dikatakan sebagai ide yang amat baik. Sebab jika kita telisik dari kandungan gizi dan manfaatnya, ceker ayam dapat berdampak baik untuk kesehatan tubuh.

Ceker Ayam untuk Obat Arthritis karena Kandungan Kartilagonya

Manfaat menyantap ceker ayam tidak hanya sampai situ saja karena ternyata ada kandungan lain yang baik bagi penderita arthritis, yaitu kandungan kartilago yang memainkan peran besar bagi sendi-sendi tubuh kita. Kartilago ini merupakan nutrisi yang tidak boleh dilewatkan oleh tubuh karena sendi-sendi kita dilancarkan oleh kandungan tersebut. Rasa sakit yang biasanya timbul akibat arthritis bisa diminimalisir dengan kartilago.

Ceker Ayam juga Bisa Cegah Osteoporosis 

Tanpa disadari ceker ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein jaringan ikat yang liat dan bening berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental seperti lem.

Susunan utama pada ceker ayam adalah asam amino, yaitu komponen dasar protein. Dalam asam amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin. Ceker ayam juga mengandung zat kapur dan sejumlah mineral.

Kalsium memang mempunyai andil besar membangun dan mempertahankan kekuatan tulang, termasuk membantu mengatur detak jantung, pertumbuhan otot, dan mencegah pengumpatan darah.


Kandungan zat Kapur yang Baik Untuk Kesehatan

Selain dua poin gizi diatas, ceker ayam juga mengandung zat kapur yang mana ini baik untuk mengatasi reumatik. Dengan demikian para penderita reumatik amat dianjurkan untuk mengkonsumsi ceker ayam secara teratur sebab kandungan zat kapurnya yang baik dalam mengatasi sakit yang dideritanya.


Di Cina, ceker ayam sering menjadi bahan tambahan untuk menu sup mereka karena memang dipercaya bahwa dengan menyantapnya bakal awet muda. Selain itu, para ahli bela diri di sana juga memakan ceker ayam dengan teratur karena pergerakan mereka bisa menjadi lebih lancar.


diambil dari berbagai sumber


KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH

 KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH (From facebook 07/02/2016)

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawabkan,
“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,
bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran
itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,
Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
Wallahua'lam..

Sendiri

 

Monday, 7 August 2023

Sendiri

 


Orang suka lagu lama ni kan...daku suka jugak...

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 

Sabtu, 7 Julai 2012

Manusia

 Firman Allah s.w.t. yang membawa maksud:

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 Inilah yang sebenarnya hakikat solat( sembahyang) .  Kemudian marilah kita renungkan sejenak Surah al-Ma'uun ayat 4 hingga ayat 5 yang bermaksud:

Terjemahan:
"Celakalah mereka yang sembahyang(solat) tetapi dalam fikirannya berjalan ke mana-mana"

Sedangkan orang solat tetapi fikirannya berjalan kemana-mana masih celaka dan Neraka Whail tempatnya.  Apalah pula orang yang tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak sempurna.
Marilahkita sama-sama renungkan sejenak karya hasil ciptaan al-Marhum Prof. Dr Hamka.

'Kain basahan dibawa mandi,
Setelah mandi dibawa pulang
 Amal ibadah dibawa mati
Harta yang banyak di ambil orang"
"Kayu ara ditepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nak disembunyikan"
'Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati,
Untungnya orang yang bersembahyang,
Mukanyajernih hatinya suci"
"Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangis kamu sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi diatas dunia
Sebelum dihisab Allah dipadang Mahsyar nanti"

Apa. Khabar..