Ahad, 19 Oktober 2025

Daku upkan untuk update kenanganku..(Tambah isinya)


Hihi.. Annegol53ku dah padat sangat...tapi boleh lagi,

  Blogku ini dah hampir nak padat. Daku sayang cerita 2 lama ku...ha ha kisah daku jatuh telaga lah, kisah daku dengan muridku, kisah parent belajar mengajar, macam2 lagi.  Ianya banyak cerita2 peribadiku di sini kerana ianya macam diary harianku aja.  Jika dia padam macam dulu daku rasa rugi sangat   Wordpress ku hilang bersama pengikut yang mencecah puluhan ribu alangkan sayangnya.  

  Hihi...Mungkin "babyku" ini padam bersama padam nya daku agak nya nanti.   Kau jangan padam lagi ya.  Blog ini "Baby daku juga" Daku sayang sangat.   Daku curah rasa hatiku di sini, jika daku menangis, disini daku curahkan rasa , daku tahu di sini tak ramai boleh masuk Ianya "Dairy Kenanganku"  Jatuh bangun daku seorang yang biasa ini B40 semua disini.   Daku curahkan kesedihanku dgn Guru2pon disini,  kisah kehancuran rumahtanggaku, tapi daku tulis dengan ertikata sipi2 sahaja...Tak mudah daku lupakan.  Blogku ini adalah Blog yang penuh dgn airmata Kenangan bersama ibu ayah yg ku sayang, adik, abang kakak, pon jiran2 yg selalu ku santuni...alangkah indahnya Rabbku.

 Banyak sangat cerita2 sedeh ku yang daku sendiripon tidak dapat mengulang tengoknya.  Jika aku melukis gambar2 kenangan disini ,pasti airmataku meleleh.   Sedeh...Kenangan masa kecilku..dari kecil aku suka sangat menangis berbanding semua saudara maraku yang lain.  Daku anak mak yang paling "cerah kulitnya dari masa kecil.(Sekarang daku tak tak secerah dahulu...adikku Maznah dan Kakakku Kamsiah lebih cerah daripadaku semasa tua.  Mereka suka menjaga kecantikan...Mereka tidak suka bermandikan cahaya matahari macam aku.  aku suka sangat,  aku berjiwa kampung.  Untuk melupakan nostalgia kampung daku sedeh sangat.  Itulah aku.  Aku macam mak...Mak kata Cikgu Mak, Mak ikat di kaki meja sekolah bila mak pencen. Mak suka bertani. Mak kampungan macam aku)   Aku  sangat manja, lemah sebenarnya tu!  (kuat menangis). Tahu tak, kucing yang warnanya putih adalah kucing yang lemah berbanding kucing2 warna lain, kuat dan tak mudah sakit.   Itu lah aku kucing putih itu.   Sehingga daku tua begini jika daku menangis, pasti tak ada yang nampak.   

Daku menangis sorang2.   Daku belajar sabar dan daku belajar Redho di sini bersama ceramah2 ustaz.  Daku kena belajar husnuzon juga.  Eni...kau kuat...Saat tua ini kau kena lebih kuat lagi.  Moga anakku terus beri kekuatan padaku.  Anis mak sayang Anis kerana Allah.  Aamiin.   

Banyak cerita ku disini, masa kecil mandi hujan, di bawah cucur atap rumah mak dan pak bina, mandi empang yg daku pertama terjun dgn ghairahnya dan ...di bawa pusaran air empangan itu hingga ke tepian dengan kakiku koyak kurana jatuh di atas longkang simen di dalam air....wow nampak tulangnya tak berdarah (bahagian tulang kering), tapi nampak aliran darah pada tulang mengalir halus...menjerit penuh ketakutan.  Arwah Pak Cik Sabrilah orang tua yang ada pada masa itu menolong menyorongku dengan basikalnya kerumah.  ( Ya Rabb moga arwah dilindungi Allah dan dikumpulkan dengan orang2 yang soleh) dan bapak bawaku ke klinik , daku menjerit sekuat hatiku...tak sakit sangatpon di jahit tapi hanya takut sahaja....hahah eni eni ...teroknya kau...Daku ingat lagi hari ini , hari Kak Siah Abang Li nak balik Singapore.  Mereka dah pakai baju cantik ,tapi batal balik pada hari itu.  Dahsyatnya.


Cucuran atap rumah mak dan pak  sangat menjadi teman rapat kami masa kecil ,mandi hujan.  Wow...Minta mak mandi hujan ,mak benarkan... kami mandi hujan di bawah cucuran atap penuh nostalgia...Daku masa kecilku pandai pulak tu ..dlm hujan lebat tu ...daku menadah tangan kelangit berdoa. "Ya Allah kau jadikan daku cantik ya Allah disayangi:  MaasyaaAllah baru darjah berapa ja masa tu.  Tak salah aku baru darjah lima...hihihi..Eni! Eni !...kelakar engkau...

Itu sebab daku suka sangat lagu2 Sudirman tentang hujan.  Daku paling terimbau bila setiap kali hujan daku akan tengok daun2 pisang bila di timpa hujan begitu juga daun2 keladi yang menari2 ...wow begitu indahnya.

Walau jauh dari rumah, masa daku di Grik hujan akan menjadi daku ghairah melihat keluar kerana daku memang suka dengan irama hujan dan tarian alam bila hujan turun.  Ketika itu, hujan menimpa daun pokok ubi kayu yang daku dan anak2 buahku tanam serta hujan jatuh di atas daun keladi yang tumbuh di situ.  Betapa seni dan indahnya.  MaasyaaAllah.

Di sana...Daku tak mandi hujan macam dulu  daku dah dewasa tapi, daku akan nikmati hari hujan dan  daku suka sangat mendengar lagu hujan...Lihat ni...

umaat, 26 Julai 2024

Antara Hujan Dan Airmata


Sudirman hujan.


Banyak lagi lagu hujan ..pon lagu Sudir ini daku suka...




Rumah kami.
Rumah ini milik adikku, dan siapapon dah tidak mahu tinggal dirumah itu lagi, kerana masing2 punya rumah kediaman sendiri, termasuk adikku yang bongsupon keberatan menjaganya.  Besar sangat... Merekapon tak mampu menjaganya.   Untuk buat "Home Stay" sama sekali daku tak mahu.  Daku tak suka kerana ianya, tiada "privercy" dalam hidup ini,   bukan jenis keluarga kami,  terutama daku, yang tinggal di situ.  Daku tak suka bising2...daku suka sunyi...kerana "Sunyi itu Indah"  Jadinya penyelesaian nya  "rumah itu perlu di jual papan2nya kepada yang ingin membina kembali "  Rumah Perak jenis... "LIMAS" pilihan mak dan bapakku...adikku jual bertujuan agar masih ada orang solat di atas papan2 yg mak dan Pak bina. Terima kasih Allah.  Syukur. 

Mak sering  sebut  tentang rumah ni pada ku.  Setiap cuti...daku akan pulang untuk mengecat rumah mak ini agar ia tidak rosak...Bertahun berlalu bila  pak dan mak dah pergi , rumah telah tidak berpenghuni.  Tapi apapon dia dapat dibina semula oleh pemiliknya  (pembeli) ...syukur juga setidak2 papan2 rumah yg kami pernah pijak dahulu dapat lagi ada orang2 yang solat di atasnya/ didalamnya.

Kenangan daku tentang rumah ini bila setiap  hari cuti di hujung minggu, Mak adakan pengajian Agama yang dengan menjemput ustaz datang mengajar di rumah  Mak . Syukur ...Masa itu orang2 kampung datang memenuhi ruang  rumah Mak yg besar itu.  Pengajian pada hari Sabtu berjalan lancar dengan kami  memasakkan makanan untuk  semua orang2 yang datang mengaji.  Seronok.  Seronok sangat.  Duit upah pengajian mak bayar dengan duit mak sendiri dan jika sesiapa yang hadir ingin menyumbang maka mereka boleh menyumbang dengan sedekah mereka yang seikhlasnya kepada Ustaz.

MaasyaaAllah cerita suka  dan cerita dukaku pon ada disini.    Daku percaya satu hari nanti, bila daku dah tiada pasti ada yang datang membacanya.  Maka dengan itu daku tak mahu sepikan Blogku ini dengan ku ceriakan bersama, dgn  Ceramah2 Ustaz dan Ustazah.


Cerita2 kenanganku yang indahpon daku nukilkan di sini ..Ianya cerita2 yang sangat sukar untuk dilupakan.  Daku sayang sangat kenangan.   Kadang2, daku  lemparkan  kenangan yg menyesakkan hatiku, jauh2.  Sedeh sangat jika kenangan yg kita sayang dihancur luluhkan oleh  penyesalan  yang sangat2 memilukan hati kita.   

Tahu tidak?  Jika daku sedeh dalam sepi satu persahabatan daku akan dengar lagu ini...

Rabbku...sedehnya....

Kadang2 kita akan tertanya2, kenapa kenangan kita harus dimusnahkan oleh penyesalan ?   Daku tak pernah menganggap segala kenanganku  menjadi sampah untuk kucampakkan  sebegitu sahaja.   Ya Rabb...Kenangan yang manisku tetap akan ku simpan dengan berlipat rapi dalam lipatan sanubariku.  Tidak pula bagi orang lain.  Mereka akan menyesal kerana  mereka anggap ianya membuang masa.   Sedeh daku rasa.

Daku sedeh sangat bila mereka mengganggap macam cerita Jamal Abdillah ini.  Lagu Jamal ini adalah , penyesalan Jamal semasa beliau terlibat dengan dadah.   Ketika itu beliau meninggalkan dan melupakan keluarganya kerana Jamal mencintai dadah. 

  MaasyaaAllah akhirnya berkat doa peminat, ibu bapa dan keluarga, Jamal dapat Kembali ke pangkal jalan.   Memang Jamal akhirnya kembali mengingati keluarga tercintanya.  Lamanya Jamal meninggalkan keluarganya kerana "Cinta terlarang " ini.

Daku masih ingat lagi, Jamal mula terlibat dengan Cinta Terlarang ini ketika berada di' Kampung Benggali"  Taiping Perak.  Masa itu  beliau belajar di sekolah Swasta yang kami sama2 belajar disitu. 

Mari kita dengar lagu ini...

Paling sedeh daku bila daku dengar lagu ini.   Setelah dia mengenal " Bulan dan bintang..." Betapa Indah dunia di pandang."  Baruku kenal ,ibu ayah adik abang kerana dulu pikiranku melayang. '" Agar kejayaan dapat ku julang.  (Kembali kepada keluarga tercinta isteri dan anak2 tersayang)

Bila daku dengar betul2 daku paham. Terima kasih ...InsyaAllah.  Daku kenalah Redho apa yang berlaku ini.

Daku banyak menceritakan di sini yang daku teringin hendak pergi ke Mekah dengan orang yang daku harapkan dalam hidup ini.  Orang yang akan menjaga kita ikhlas kerana Allah.   Daku  impikan  ke Mekah dengan orang ynag paling daku harapkan.   Sekarang telah musnah segalanya.   Mungkin Allah mahu daku pergi bersama anakku yang satu2 ini.  InsyaAllah.  

Susahnya untuk memilih masa yang sesuai kerana anakku tidak tahan sejuk, dia akan sakit daku pulak suka pada sejuk,  tak apalah kita kenalah pilih waktu yang sesuai diantara dua suhu ini.  Daku kena tunggu untuk cucuk lututku ini agar pulih dan dapat kembali kuat macam dahulu. InsyaaAllah.


Daku pernah impikan cerita begini...haha...sudah tiada lagi Eni....Tak apa Redho je Eni.   

 

Manja sungguh daku.  Daku sangat berharapkan keindahan hidup, menumpang hidup dengan orang yang mahu bersamaku hingga akhir nanti. 

Ini mimpi2 ku yg tak jadi nyata.  Redho ajalah.  Semua itu adalah suratan takdir Illahi.  Jika Allah mahu sehari sebelum menjelang kematianku pon boleh Allah temukan.  

 

Ini

ini

ini

ini

 ini

Banyak lagu2 itu ku ulang dengar.  Sebenarnya ...daku akan mendengar lagu setelah selesai daku baca Al Quran  dan Ceramah Ustaz...

Barulah, daku dengar lagu.   Daku rasa bersalah jika dengar lagu tanpa menghabiskan doa pagi dan petang dengar ceramah Ustaz dan baca Al Quran,...

Hi hi ... Kadang2 aku pujuk hatiku mengatakan "muzik " boleh dengar...Menurut Ustaz Basallamah...Muzik Haram...Tapi daku dengar dari ustaz2 lain harus...Bila Rasulullah mengangkat Saidatina Aisyah melihat  orang bermain gendang di musim perayaan,.


Mari dengar Lagu  ni...bila daku tak lena tidur pulak....

Ada  satu lagi lagu, Ianya lagu  Sharifah Aini ...Sedap sangat...Lagu penghantar tidurku...hihi...

Di Pinggir Kayangan


Dia bukan untukmu Eni,  Dia modern, kurang berminat menutup aurat macammu . Ya Rabb...Aku bersalah...tak baik daku kata macam ini kan!   ( Maafkan aku  dengan kenyataan ini.  Apa yang daku tulis di sini hanyalah bab menutup aurat sahaja.   Aku mungkin alpa dan bangga diri agaknya.  Manusia boleh berubah.  Apa yang aku lihat, dikau rajin sangat mendengar ceramah2 ustaz.   Sebenarnya dikau lebih baik dan berhemah daripadaku.  Dari segi sosial dan kemasyarakatan daku jauh ketinggalan daripadamu,  Daku hanya berada di tumitmu sahaja.  Syukur aku sedar kembali.  


 Dikau upkan apa yang aku gagal dalam hidupku ini dan daku muhasabah diri dan daku sangat2 berterima kasih.  Daku seolah2 sombong dan sifat itu tidak harus ada ada pada seorang hamba Allah.   Aku bertaubat dan aku insaf...sombong adalah pakaian Allah yang akan membuatkan manusia tidak masuk syurga dengannya.  


  Moga dia sedar satu hari nanti , Arahan Al Quran dan Sunnah menjadi ikutan...aku doakan

Apa yang aku maksudkan di sini adalah bab menutup aurat sahaja.  Bukan bab2 lain. OK Harap faham. 


Ya Rabb...Ampunkanlah daku...Mungkin dia adalah untukku satu hari nanti,  jika tidak di dunia mungkin di akhirat...siapa tahu...memang tak adil tuduhanku padanya.  Maafkanlah aku Ya Rabb aku bukan manusia sempurna.  Aku tak boleh mengata dia begitu...Aku bertaubat. 

Sementara masih ada masa, maka manfaatkan dia dgn ceramah ustaz n ustazah eni... Moga berkat. 

Sahabatku ...aku tahu dikau yg upkan cerita ini kerana dikau tentu tak puas hati padaku.  Ok.  Daku prihatin.  Harap dikau maklum.  Ini adalah lantaran, sayang aku kerana Allah buat kau.  Daku sentiasa berdoa agar dikau sekeluarga dalam lindungan Allah.  Aamiin. 


 Sahabatku.

Banyak yang dikau sedarkan aku dengan ceramah2 ustaz disini hingga menyebabkan daku insaf dan dengar kembali,  Paling terkesan daku dengan ceramah  yang bertajuk "Diam"   Ustaz Hannan Attaqi serta ceramah2 lain lagi termasuk ceramah Ustaz Khalid Basallamah , Ustaz Ammi Nur Bait dll.  TQ.


Aamiin.