Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanyasentiasa berlinangan
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan matamemandangnya
Sangat elok dan sempurna wajahnya 
Baginda memilik perasaan yang halus 
Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikirhingga lena
Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan 
Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantikmelambangkan kesombongan dan kemegahan
Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelumkenyang
Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghinaorang lain
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas 
Baginda memakai serban di atas kopiahnya
Suka membalas hadiah 
Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketikahendak keluar atau masuk
Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya danahli keluarganya
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yangditemuinya
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memelukmereka ketika berjumpa
Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya 
Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , bagindamengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
Tidak menatap atau merenung wajah orang lainlama-lama
Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihaniorang-orang muda dan kanak-kanak
Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehinggatetamu lain bangun
Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan parasahabat
Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebutperkataan dengan jelas
Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yangbercakap dengannya
Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum lembut
 
Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiapcabaran dan kesusahan
Amat kasih terhadap umatnya
Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya 
Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah 
Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiridalam kesusahan

Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka 
Suka menziarahi orang sakit 
Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalupemurahnya
Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap 
Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalamperjuangan

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)
Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
Sumber from nuhan from Forum myMasjid



