Pajeri nanas, ikan masin gandingan wajib pajeri,
sambal tempoyak, ulam timun dan petai mentah
buah kuini.
Tempoyak sambal yang di mesen aja.
Sedap ja.
Ini adalah air nanas hasil rebusan nanas yang
disimpan buat minuman. Sedap
Pajeri mak sentiasa di celur dahulu nanasnya
supaya rasa rempah/gulai meresap masuk kedalam nanas
hmmm mantap.
Ikan masin adalah gandingan wajib jika
dibuat pajeri samaada
pajeri terung atau nanas ataupun buah lain2 amra pon mempelam,
Orang kampong ada berbagai variasi pajeri.
Tempoyak yang baru di blend. Cara malas dan pantas
tapi sedap ja. Hihi.
Timun Jepun serta petai mentah
Petai tan berapa masuk hari ni dgfn pajeri.
Tapi timun kira ok.
Wow. Ini buah idamanku. Pembasuh mulut sedap
daku suka sangat buah ni. Hmm Kuini
Susah nak dapat buah ni.
Kadang2 ada ja kat kedai Aceh jualk buah ini tetapi sukar nak dapat kerana ianya
jarang2 sampai kesini.
Semasa daku di Shah Alam banyak sungguh kuini ini di maidin Seksyen 18.
Jika daku jumpa pasti beli.
Tapi....Tak sama dengan kuini yang bapaku tanam. Ianya besar sangat.
Kuini macam itu telah jarang dijumpai.
Pokok kuini yang daku tanam di rumah Lenggong dah besar tapi belum berbuah. Daku harap2 ianya bukan kuini kecil. Moga2 kuini besar macam bapakku tanam.