Doa Khatam Quran ini adalah di petik dpd mashaf yg di terbitkan oleh syarikat Dauwama Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Kemajuan Islam Malaysia...
Doa Khatam Quran ini adalah di petik dpd mashaf yg di terbitkan oleh syarikat Dauwama Sdn Bhd dengan kerjasama oleh Kemajuan Islam Malaysia...
Sekolah Keduaku adalah Sekolah Kebangsaan Kamunting. Disini aku ditempatkan . Bila daku ditempatkan dimana2 sekolah daku mesti pastikan rumahku berhampiran dengan sekolah. Daku memang suka memastikan daku boleh sampai awal kesekolah. Daku bimbang jika tinggal berjauhan dengan sekolah akan berlaku kelewatan kerana daku tak boleh lari dari menjaga diriku agar sihat dan tidak berlaku apa2 masaalah semasa hari persekolahan. Ini adalah kerana daku ditakdirkan mengidap asma....maasyaaAlah...aku redho.
He! he!.... di sini ditakdirkan oleh Allah daku dapat menyewa sebuah banglo besar di luar pagar sekolah. Bersama seorang anak perempuanku kami tinggal disini.Pada ketika itu anak perempuanku baru menuntut ilmu di Darjah 5.Pada masa ini daku berulang kesekolah dengan motosikal Yamahaku . Sekolah kamunting ini bangunan penempatan murid darjah Lima agak jauh dari bangunan besar tiga tingkat. Daku bermotosikal di dalam kawasan sekolah kerana daku asma kan..terdapat seorang lagi guru lelaki yg bermotosikal didalam kawasan sekolah..kiranya kami guru yang tepat mengikut waktu masuk ke kelas...Sukar bagi sesiapa yang ingin mengatakan daku lambat masuk ke kelas atau tidak tepat waktu....Syukur takdir Allah sebenarnya...Baru ku sedari.
Di sini daku mula mengajar Tahu Enam bilamana seorang Guru berbangsa Cina yang Bernama Mr Loh akan melanjutkan Pelajaran ke Universiti. Pada mulanya aku bukanlah dipilih oleh Guru Besar untuk mengajar Darjah Enam...hehe...kurang percaya agaknya...beliau menyuruh Guru BM ngajar maths...ha ha ha...cari punya cari...akhirnya daku kena ngajar tahun kerana tiada guru maths ..Aku bersyukur kerana pada tahun pertama ni telah berjaya mencetuskan Prestasi A yang ramai di kelas pertama dan masih menghadiahkan A yang tak kurang ramai juga bagi murid di kelas kedua....Syukur...Bila aku terpilih untuk mendapat prestasi Cemerlang "perkataan GB ...Saya tidak mengenali Cikgu. Hadiah Prestasi Cemerlang.Syukur...itulah cerita kejayaan kecilku di Sekolah Kebangsaan Kamunting. Sebenarny itu semua adalah anugerah dari Allah...baru ku sedari. MaasyaaAllah
Disekolah inilah daku dilantik menjadi Jurulatih Utama, Kajian Tindakan , Jurulatih Utama Sukatan Pelajaran dan Jurulatih Utama KOSM. Akhirnya daku dapat tahu, bahawa Guru Besar itulah yang mencadangkan /mencalonkan nama kepada Pegawai dari JPN. Sekali lagi aku sedari ...semua apa yang berlaku itu adalah dari Allah.
Setelah beberapa tahun mengajar di Sekolah Kebangsaan Kamunting daku terpilih untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting Taiping. Daku masih lagi menyewa di Taman berhampiran dengan sekolah....
Daku jumpa gambar2 kenangan dengan Kawanku dari Sekolah Kebangsaan Taman Jana..Daku muatkan gambar di sini...Daku terpaksa juga pergi berceramah di Sekolah Batu Hampar apabila Guru Besar nya menjemput daku untuk perkenalkan SPMN kepada Guru2 Batu Hampar...Masa ini daku memang tak sihat daku sakit tetapi "GB Batu Bampar" minta juga sesiapa saja menyampaikan programku itu Sudah tentu lah tidak sama kerana ianya "Programku"...Jadi walaupon tak sihat daku hadir juga dan bertemankan dua adik Lelaki Sekolah Taman Janaku...Terima Kasih Wan dan Mat Nor. Tolong Drive. Hihi Masa ini Kak Ani pakai "Wira Aeroback, Special Edishion" Hijau...hihi ...Anda berdua bergilir drive...Dan Dari Batu hampar kami terus ke Telok Batik sebab dah dekat dan belanja adik2ku makan di kedai yang sangat popular masa tu di Telok Batik...Tq tq adik2ku bertiga...Kamu adalah kenanganku...
Ketiga adik ini tolong menemaniku Ke Sekolah Batu Hampar Kerana daku memberi Ceramah SPMN dalam Program Panitia Matematik Larut Matang Dan Selama.
Lina dan Kak AniCukup dahulu tentang kerjaya ...Meh cerita tentang pertukaran sekolah ketiga saya. Sekolah ini jika nak masukpon mesti mempunyai ciri2 terpilih...Ada beberapa kategosi yang di mahukan...dan aku juga termasuk dengan beberapa orang guru2 yang di pilih mengajar di sini... Aku bersyukur. Bukan kerana hebat terpilih tapi terasa Allah yg pilih..Disini daku sekali lagi membeli rumah keduaku di luar kawasan sekolah..hihi...Diluar pagar sekolah juga rumahku..Selesa...Tenang ...Damai....Daku orang pertama berpindah di taman ni...Dapat CF daku terus masuk.Pada masa daku berpindah disini anakku melanjutkan Pelajaran Ke Uniiversiti Malaysia Serawak. (UNIMAS) Jurusan Pengurusan Sains Akuatik...Sebenarnya semua ini daku tulis sebagai Kenanganku.
Cukuplah Kenanganku......
Aku akhirnya berpindah pula ke Kuala Lumpur...Shah Alam di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam. Sewa rumah yang berhampiran dengan sekolah juga. Di sini daku bertemu pelbagai rakan...dan daku bersara disini...Bye Bye...Guru....Selamat Tinggal Guru...
Setelah keluar dari Maktab, pada tahu 1985 daku ditempatkan mengajar di Kampung Halamanku sendiri. Pada ketika itu ada sahabat2 ku yang bertanya kepadaku samada daku ada kabel besar untuk dapat kembali ke kampong halamanku...Sebenarnya tidak,.. ini adalah polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu. Daku di tempatkan mengajar di sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak. Sekolah ini adalah sekolah dimana aku belajar semasa kecilku. Di sekolah rendah inilah aku mengenal A,B,C...1,2,3... hehe seronoknya kenangan...Daku murid tua di sekolah ini....
Pada masa ini daku mengenal erti dewasa...aku mengenal teman2 ibuku serta bapaku. Jika dahulu daku tak pernah sekali kali mengenali mereka meskipon teman ibu dan bapaku pernah datang kerumah ibu. Akhirnya daku Allah ketemukan dengan mereka disini. Mereka yang belum bersara menjadi rakan sekerjaku. Berganding bahu bersamaku , mendidik anak2 Lenggong tercinta.
Pada masa ini daku mengenali Cikgu Aziz,Cikgu Bahari, Ustazah Masitah dan ramai lagi kawan2 ibu yang mengajar di sekolah yang berlainan denganku tatkala berjumpa ketika kursus atau sebarang perayaan sekolah. Semoga kawan ibuku yang telah pulang ke rahmatullah dicucuri Rahmat ke Atas Rohnya disana. Aamiin....
Semasa mengajar di sini daku membeli Rumah di Taman Meor berhampiran dengan Taman Bukit Raja Lenggong. Tiba masa daku berpindah ke Taiping...daku jual rumah ini...Daku malas menyelenggarakannya untuk disewa. Dengan itu rumah yangku sewakan itu kujual.
Sihat hari ini?
Kami doakan anda semua dikurniakan kesihatan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang sekejap sejuk, sekejap panas.
Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah korban. Tapi adakah semua orang wajib untuk buat korban?
|
Hukum Korban
Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.
Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:
|
Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban
Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.
|
Hikmah Berkorban
Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.
Firman Allah SWT
|
Ibadah korban adalah sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.
|
Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.
Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*
Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. |
Talian Bebas Toll: 1-800-885-885
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan. |
Petikan daripada buku Penenang Jiwa.Terjemahan Kitab 'Mukashafah Al Qulub"
karya Imam Ghazali
Keutamaan Bulan Syaaban.
Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"
Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."
Dalam Kitab An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban,"
Baginda bersabda:
Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."
Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban."
Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya." Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"
Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana hati-hati mati.
Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya. Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga. Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.
Malam itu juga dinamakan malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa. Kadang-kadang disebut malam pembebasan.
Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan. Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban. Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku. Dia masuk bersamaku dalam selimutku. Di tengah malam aku terbangun. Tiba-tiba baginda tiada disisiku. Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah." segera aku keluar dan aku melalui masjid. Aku langkahkan kakiku padanya. Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya. Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. " Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban? Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."
Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut malam Qiamah dan Takdir. Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain. Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati. Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."
Puasa Ayyamuul Bidh Syaaban( Hari Putih):
* Rabu, 16 Mac 2022 bersamaan 13 Syaaban 1443H
* Khamis, 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443H
* Jumaat, 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H
Ku bunuh cinta dalam hatiku,
Pisau tajam berkilau,
darah pecut merah, aku menjerit
Ketawa dalam kepedihan.
Cintaku terkulai merah
Gigil kian lemah
dan pisau tajam berdarah
kulempar jauh-jauh
Hilang di balik malam
Sudah ku bunuh cintaku merah
Darah mendidih pekat
Aku senyum
Aku tidak lagi cekan
Di bunuh oleh cintaku.
Titian Zaman .... "Anis Sabirin"
Hakikatnya ...rasa berdosa kerana gagal membunuhnya...Telah lama ku perbanyakkan pada Cinta Allah dan Rasul ...Tak tertanding hidup ini tanpa 2 CINTA SEJATI ....pasrah update 31 May 2023...