Khamis, 15 Ogos 2024
OPEN SECRET 🔻 Dr.Mat Rofa Ismail

ISU G❤️ZA REALITI VS 'PSEUDO AKHIR ZAMAN'

Kitab Jumaat
Kitab Jumat
Bab 1. Kewajiban mandi Jumat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan
( HR.MUSLIM No:1393 )
Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:Aku mendengar Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaknya ia mandi.
( HR.MUSLIM No:1395 )
Hadis riwayat Umar bin Khathab: ia berkata:Bahwa Rasulullah memerintahkan mandi (Jumat).
( HR.MUSLIM No:1396 )
Hadis riwayat Umar bin Khathab, ia berkata:Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaklah ia mandi.
( HR.MUSLIM No:1397 )
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.
( HR.MUSLIM No:1398 )
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Biasanya kaum muslimin berangkat untuk melaksanakan salat Jumat dari rumah-rumah mereka dari desa-desa sekitar Madinah dengan memakai abaya (sejenis jubah). Debu-debu mengenai mereka, sehingga mengeluarkan bau tubuh. Lalu seseorang di antara mereka mendatangi Rasulullah saw. yang berada di dekatku. Rasulullah saw. bersabda: Sepatutnya kalian mandi untuk menyambut hari ini.

Dari sahabat buat sahabat
Assalamualaikum Sahabat Setiaku!
Ada beberapa tip yang telah lama daku catatkan dahulu, suka daku rakamkan di sini. Andainya tidak lengkap...tak apalah ya...
1) Catat.? Tulis (ianya tidak akan hilang)
2) Segera buat/ Segera beramal
3) Nak Istiqamah...Baca 100 ayat Al Quran dalam solat...InsyaaAllah Istiqamah...Jika hafal Surah Al
Mulk, maka ianya dah 30 ayat.
Baca 10 ayat dlm solat maka tidak di tulis baginya orang yang lalai.
Contoh : Qul ya aiyuhalkaafiruun... 6 ayat
Qulhuallah huahad 4 ayat
6 tambah 4 dah 10 ayat.....
Qulhuallah huahad 10 x , Allah bina Istana dalam syurga.
Tawadhuk
4) Kita menetapkan waktu beramal:
contoh: Nabi pesan kepada Abu Hurairah
i) Puasa Isnin dan Khamis dan Puasa tengah bulan (hari putih) 13,14, dan 15 bulan Islam.
ii) 2 rekaat Dhuha (banyak lagi bagus)
iii) Solat witir sebelum tidur.
- Nabi kata nampak neraka itul ehernya keluar...patuk mematuk...
- Allah seru "Bangunlah orang2yang bertahajjud- maalaikat bawa mereka masuk syurga Allah.
Jadilah ahli Tahajjud.
Sehari bangkit buat 2 rakaat dulu. Subuh 5.52 kita bangkit 5.40 witir dah buat sebelum tidur.
Nabi kata...Baca dengan 10 ayat tidak ditulis bagi kita tergolong dlm orang2 yang lalai.
Sesiapa baca 100 ayat terulis sebagai orang2 yang khusyuk kepada Allah.
KELEBIHAN SOLAT SUNAT BERSENDIRIAN.
1) Sembunyikan ibadat kita.
2)Imam Muhammad Aslam bin Tursi..sangat menyembunyikan ibadatnya sampai dia berkata jika
ada tempat malaikat tak nampak dia- dia menangis banyak kerana rindukan Allah. Bila bangun di
celakkan matanya supaya tidak nampak dia bermunajat dgn Allah.-
- Seluruh Kota Baghdad mencintai dia dan waktu kematiannya Allah gerakkan hati mereka datang
dan berkelapangan masa untuk hadir.
Cukuplah dulu untuk hari ni...
Akan sambung lagi jika ada masa,,
Jumpa lagi.
Wassalalm.

Rahmat Berselawat,
Rahmat Berselawat
Seluruh umat Muslimin terhutang budi kepada Nabi Muhammad SAW, selaku Rasul terakhir, merangkap Penghulu sekelian Rasul, baginda bertanggungjawab sepenuhnya membawa ajaran Islam ke seluruh dunia. Kalau tidak kerana kesungguhan dan kegigihan usahanya maka sudah barang tentu nikmat Islam ini tidak dapat kita kecapi.
Setiap hutang mesti dibayar, lebih-lebih lagi hutang budi. Sabda Nabi SAW, sesiapa yang menerima budi orang lain sama ada berupa harta benda, ilmu pengetahuan atau lain-lain maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yang ada padanya. Setidak-tidaknya berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa banyak yang ia fikir berpadanan dengan budi yang ia terima. Orang yang tidak berbuat demikian adalah orang yang tidak mengenang budi. Berdosa.
Umat Islam seharusnya mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada setiap kali menyebut, menulis atau terdengar nama Nabi atau gantinama nya atau pangkat kerasulannya disebut orang. Pendapat ini adalah pendapat sebahagian besar pengikut-pengikut mazhab Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Keempat-empat ini berpendapat sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka ia telah melakukan satu dosa. Banyak hadith menjelaskan bahawa Rasullullah SAW memberi amaran, iaitu sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka orang itu dikira sebagai sebakhil2 manusia. Dialah yang mendapat kehinaan yang memalukan dan memuramkan mukanya. Dialah yang beroleh kepayahan dan kesusahan. Dialah yang jauh dari rahmat Allah, dan dialah yang akan masuk kedalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya kerana meninggalkan selawat ke atas Nabi.
"Wahai orang yang beriman! Ucapkanlah selawat keatas Nabi dan berikanlah salam dengan sebaik-baiknya." (Al Ahzab: 56)
Sebenarnya amalan selawat ke atas Nabi itu mengandungi banyak kelebihannya...Antaranya:
* Memperoleh rahmat Allah yang melimpah-limpah. Sabda Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepada ku satu kali nescaya Allah akan limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat. Sebetulnya Rahmat Allah itu sangat penting, sebarang nikmat seperti ilmu pengetahuan, anak-anak , harta benda , pangkat atau kebesaran jika tidak disertai oleh rahmat maka akan bertukar menjadi bala bencana atau kecelakaan.
* Dapat duduk berdekatan dengan Nabi di Akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , sesungguhnya orang yang paling hampir dari kalangan kamu di Hari Kiamat di setiap tempat aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.
* Beroleh syafaat daripada Nabi di akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.
* Layak memperoleh selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepada Nabi, selama ia berselawat kepada Nabi SAW . Sabda Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat sentiasalah maalaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku.

Dekatkan ku padaMu Ya Robbku,,,
Ya Allah,
Jadikan kami bersabar saat di uji,Bersyukur saat diberi,
Memaafkan saat di zalimi,
Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk selalu dekat dengan Mu
Aamiin.

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ Surah Al-Ahzab: Ayat 40-42: "ZIKIR YANG BANYAK ME...

Apa. Khabar..
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...