Selasa, 2 April 2024

Menu sederhana kami Semalam

 


Semalam kami makan masak Kurma Kobis, Sotong Sumbat, Murtabak Telur serta Kuah Bawang Bercuka...hihi mereka letakkan warna dalam tu ada timbul bau wangi...
Air Sirap Buah Kabung dan Tembikai.  Sederhana sangat.

Sotong Sumbat Berempah yang lama dah daku tak buat.  Sedap sangat rasanya sebab
 lama tak makan.  hihi.


Korma Kubis ini ialah menu yang ku lihat di televisyen semasa daku mengandungkan anakku dulu.  Menu ini diajarkan oleh wanita Arab.  Sedap sangat, daku suka.


Hihi...tembikai pembasuh mulut macam bintang.  "Bintang Hati" ketika makan...hihi.


Mertabak Telor anakku beli...Boleh tahan


Sos cuka bawang yang di letakkan warna.....ada bau kata anakku...hihi...Sepatutnya cuka itu akan mengeluarkan warna pink, bila di masukkan bawang...


Menu sederhana kami...Tu pon kami dah bersyukur padaMu Ya Rabb...

Menu kami beberapa hari sudah...


Menu mudah kami semalam.
Rebus Bayam , Gulai Rempah ikan kecilku, Ikan temenong/ikan kembong, kegemaranku, ikan goreng, Seri muka Mariam, Popia Cheese,  Sambal telur .Buah untuk basuh mulut , nanas dan longan...


Ini sambal belacan di letakkan telur..Sedapnya untuk di cicah dengan Rebus Bayam.
Telur tersebut di hancurkan di dalam sambal itu  dan di cicah dgn rebus bayam.
Mengancam, daku suka sangat.


Minuman air bandung susu segar dan sirap merah.


Ini seri muka yang di sedekahkan oleh Maryam dan popia cheese 
yang di beli Anis di kedai frozen


Pembasuh mulut yang sangat sedap..Nenas madu.  manis sangat dan buah longan..hihi...
simple kan menu kami...




Anis pulak tak makan ikan dalam gulai yang tak di goreng.  Berbeza kegemaran kami.  Dia kena makan ikan yg telah di goreng.  Hihi  Anis potong ikan straight...
Biasanya orang makan mesti ada ikan yang di goreng baru lengkap hidangan, daku Noraini yang simple sangat tak dak  pon takpa...hihi..


Bayam rebusan cara Anis.  Dia kata baru fair makan bayam mesti sampai batangnya .  Daku pulak bukan siang macam ni...Hihi..dia kata nanti Anis makan daunnya banyak ,unfair tinggal mak batang...memang kelakar anakku.  Dia kata buat macam di kedai...Macam macam. anakku.



Very simple menu yang orang kaya tengok rasa macam 
tak selera tapi
 daku selera aja.  Syukur...Allah bagi seleraku ok ja. 
Daku ala kadar...
Dikau lalu ke makan macam ini?
hihi...

#edisiramadan : Banyakkan Berdoa pada Bulan Ramadan

TOLONG JAWAB SIKIT DATO' | SUPAYA SATU MALAYSIA BOLEH DENGAR

Cita2 tertinggi...


 

Keajaiban Selawat - Ustaz Dato' Hj Badli Shah