Isnin, 11 Mac 2024

Baik buat kita,

 

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.
Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.
You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga

Untuk aku...








 

Untuk aku dan kamu...


 

Hmmm...

 Kelmarin Ahad...You di mana?

I pergi rumah KakHindon.  Pergi buat Rendang menyambut Ramadhan..

Kami pergi lepas Dzuhur...Hihi...kak Hendon dah basuh semua dah 3 ekor ayam...Kesian Kak Hindon Semalam...(Kelmarin la tu)   dia hipo...tengahhari.   On the way to rumah Kak Hindon, kami tanya dia,  nasi dah ada ke belum ,..kami nak beli nasi dan lauk..Tak payah !katanya, sebab nasi dan gulai dah ada...ok ok...So kami hanya bawa buah2 untuk makan di situ...serta ayam goreng...keropok leko,Tau Fu Fah.

Sampai terus kak Hindon ajak makan nasi.  Daku tak makan dulu.  Daku makan Tau Fu Fah...Daku suka sangat sebab lama dah daku tak dapat.  Kami beli tadi.  Anis beli ayam goreng yang agak sedap juga.....hihi sebagai ganti Kentucky sebab kita Boikot, dapat juga makan  ayam goreng stail Kentucky  dan keropok lekor goreng... ni buat kudapan...Sedap rangup dan lembut.

Mereka makan nasi Kak Hindon buat kari ayam kentang, dan Kak Hindon ada order Rendang Tok kat Ssoppie, nak cuba ...not so good....hihi    So kita orang buat 3 ekor ayam untuk Rendang Padang...

Hummm,...Mantap.  Cuma Kurang pedas sbb Qurrata Aini tak makan pedas.  Nanti tambah sendiri cili bila bawa balik untuk keringkan kuah..daku kena tambah garam sikit ngan cili.  Maznah pula kena keringkan dan ikut cita rasa famili dia  sendiri...Sedap sangat untuk buat sahur dan makan tgh hari ni.

Malamnya, Zam pulak beli nasi goreng...so makan nasi gorenglah kami ...Kami balik Pukul 10.00 setelah sembang2 famili...Seronok sangat. Adikku Nah duk sebelah rumah kak Hindon depa selalu jumpa...haha sekarang daku ada sini...Dulu masa kecil kami bertiga rapat sangat, Kak Hindon pandai melukis...Sambil melukis buat story...padam2 padam2  lukis balik ,...cerita lagi...hah ha masa kecik seronoknya dengar cerita Kak Hindon.

Bye dulu nak gi masak...hihi...Nak keringkan Rendang .  So nak rebus sayur dan cicah dgn sambal belacan .. daku suka makan merebus.....hmmmm tentu mengancam...Bye dulu..

Selamat Sejahtera Moga Sihat Selalu....

Eh ada lagi...Selamat Berpuasa Esok Hari...Malam Ni kita sama2 Solat Terawih jangan tinggal Tahajjud jugak ya dan esok terus baca Quran ...Paling2, satu juzuk sehari kira ok dah ya...Jom...Kalo kerja bawa Quran digital kat phone tu Baca 4 muka surat sama ngan 2 helai ...5 x solat waktu habis satu juzuk...

Bye!.

Daku doakan kita boleh buat.  Makbulkan doa kami Yaa Rabb

436 @AzfarBadrul Kempen Kedai Cina?!#Doa Tak Makbul Sebab Makan Kedai Cina?

#428 Anwar Raikan Ponggal Haram, Pemimpin Lain Juga Meraikannya spt PAS....

PEMIMPIN2 POLITIK KENA TAHU NI....MISUNDERSTANDING INTERAKSI DGN NON MUSLIM...BELAJAR NI HAI PEMIMPIN...YG TAHU KENA NASIHATI MEREKA...JGN BIARKAN BEGITU SAJA KERANA TAKUT...BERDOSA 

#414 Wan Hizam Mengaku Dapat Ilmu Ladunni, Berguru Terus Dengan Allah! S...