Sabtu, 9 Mac 2024

Jaga lidah kita...



 

TAZKIRAH : 3 Golongan Yang Allah Sayang & Benci (Ujian Jiran Bela Kucing...

USTAZ APA TANDA-TANDA IBADAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH?!

08-03-2024 Ustaz Rizal Azizan : Kisah-Kisah Dalam Al-Quran

"Kegelapan Alam"

Assalamualaikum

                   


Assalamualaikum Dan Selamat pagi...

Sahabat yang aku hormati.

Semoga sahabat diberi Allah dalam kerahmatanNya.

Dalam kesempatan ini daku ingin mengambil peluang untuk meminta Maaf kepadamu atas kesilapan daku terhadapmu puluhan tahun dulu.  Daku tahu jika kau hadir dalam Blog ini, kau maafkan daku.  Ini adalah permohonan maaf buat kali kedua ku, kepadamu.  Tapi daku kira dan harap kau dah lama memaafkan daku. (Itu harapanku)  Moga benar ya...

Daku rasa takut sangat jika daku pergi dulu daripadamu dan takut juga dikau pergi dulu dpdku.   Jika ini berlaku tak sempat daku dengar atau tahu yg dikau dah maafkan daku.  Tak apa.  Daku betul2 mengharapkan di mahsyar nanti daku tak mencari2mu untuk daku minta maaf atas sikap kasarku dulu, kerana daku cepat melatah masa tu.  Maafkan aku sungguh2 ni kerana Allah.  

Maafkan daku ya...Maafkan daku.  Lillahitaala...

Terima kasih.  


Marah

 


1. Rasulullah bersabda bermaksud:


"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

2. Rasulullah bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)