Cari Blog Ini

Isnin, 4 Mac 2024

Soal Jawab : Hukum Menghitamkan Rambut Yang Beruban | Ustaz Rasul Dahri



Bismillah 2:00 Soalan Penanya = Hukum menghitam mencelup rambut. 2:33 Hadith dari Abu salamah , Abu Hurairah bersabda , Dari Rasulullah = Sesungguhnya yahudi, nasara tidak mencelup rambut putih mereka. Maka selisihi lah mereka. Sunnah bagi mewarnakan dye (Hitam). Mewarnakan merah Al-Hina (inai), hadithnya banyak. 4:25 Hadith Panjang (muntafakun ilaih) Isi hadith tersebut = Abu bakar & Umar selepasnya mencelup yakni rambut dan janggutnya dengai inai yang dicampur dengan katam. (Tumbuhan yang hidup dipadang pasir) 5:33 Dalam kitab dalilur akhtar, halaman 139, Hadith di atas menunjukkan bahawa Abu Bakr & Umar : Mereka mencelup rambut/janggut dengan inai + katam. 6:20 Dalam mazhab syafei mereka menyangka boleh warna inai sahaja. Galakkan mewarnakan mengunakan natural herba. Jangan campuran kimia. Pakai sumber tumbuh tumbuhan. Sekarang banyak asas dari kimia. Sebahagian ulamak kita menghalangkan sebab air tak masuk rambut. 8:22 (Hadith Hasan Shahih riwayat Tirmizdi, No 1675) Dari Abdullah Buraidah, Dari abi aswad, Dari Abi Dazr, Dari Rasullullah, Elokkan lah apa yang boleh merubah ubat dengan Inai dan katam. Nak pakai inai sahaja, Nak pakai katam sahaja: Tak ada masalah. 10:51 Dari Ahmad bin Abdul Malik, Dari abi Zubair, Dari Jabir, Rasulullah didatang kan pada hari pembukaan mekah. Kelihatan kepala Rasulullah (Kepala, Rambut, lehernya) seperti warna yang keruh. 13.01 Hadith Riwayat Muslim 114 (Hadith Shahih), Rasulullah tidak melarang mewarnakan hitam. Malah membenarkan. Kalau nak guna warna hitam bagitahu kawan2, elok warna hitamkan. Sangat sesuai. Orang eropah, Maka digalakan pakai inai. Orang tua digalakkan Inai. Warna hitam tidak mengapa. 14.55 orang arab mengatakan, tidaklah muda itu akan berulang walaupun satu hari. Tetapi islam itu, Allah sukakan kita keterampilan cantik (Smart) 15:32 Didatangi Rasulullah oleh seorang compang camping. Kalau ditepi rumah kau ade sungai, engkau bersihkan badan engkau 5 kali, apakah engkau akan bersih. Hari lain sahabat tersebut datang dengan pakaian yang kemas dan keterampilan bagus.| Sebahagian dari golongan sufi dengan pakaian kotor compang camping. Itu tidak mengambarkan islam. 16:40 (Hadith Bukhari 2203) Berkata Ibrahim bin Said, Dari Saleh, Dari Abi Shihab, Kata Abu salamah bin abdul rahman. Sesungguhnya Abu Hurairah berkata : Rasullulah mengatakan Yahudi dan nasrani tidak mencelupkan rambut mereka. Selisihi mereka. Dye dan celup rambut. 20:19 rambut dah hitam dilarang untuk menginaikan, warna pelangi. Walhal rambutnya hitam, haram hukumnya. Islam menjaga maruah. 21:10 KESIMPULANNYA = Inai + katam boleh digunakan untuk rambut dan janggut. Untuk perempuan boleh digunakan dihujung jari mereka. 21:37 Menjadikan inai sebagai tatu dilarang (Hadith bukhari 4886 , Muslim 2125, Abu dawud 4169) Laknat Allah, kepada orang yang bertatoo dan mentatookan. Pengantin tidak salah menginaikan jari. Lelaki tak boleh inai. Jangan lah sampai bertatoo. Kita diberi garis panduan. Walaupun sementara.
Show less

Soal Jawab: "Wahai Azhar Idrus: Seperti Ekor Kuda Menyapu Tahinya” | Ust...

SATU HARI BERLAKU PERISTIWA DENGAN USTAZ NIH

humblenya...

CARA SHALAT TAHAJJUD DI BULAN RAMADHAN, Ustadz Dr. (H.C.) Adi Hidayat, L...

Nabi tak tinggal 7 perkara ini.

 


Nabi tak tinggal 7 perkara ini.

1) Nabi tak tinggal tahajjud
2) Nabi tak pernah tiada wuduk
3) Nabi istighfar setiap masa 
4) Nabi tak tinggal sedekah setiap hari
5) Nabi tak tinggal solat dhuha dan witir bahkan wajib              dhuha dan witir
6) Nabi tak tinggal baca quran 
7) Nabi tak tinggal solat Jemaah di Masjid

Doa' Khatam AlQuran,

 


Doa' Khatam AlQuran

(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran. Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah. Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura|Leave a comment| Edit

Beramal dengan al-Sunah

 



Berkata Abdullah bin Mas'ud RA,

                                      "Beramal dengan al-Sunah walaupun sederhana lebih baik daripada beramal dengan amalan yang tidak bersumberkan al-Sunah."  

                                                                (Riwayat al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra 3/19)


Imam Muslim meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub RA  Rasullullah bersabda: 

                                          "Ucapaan yang sangat disukai/dikasihi ole Allah SNW ialah empat   Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahhuakbar.  Tidak menjadi kesalahan yang mana dahulu kamu mulakan."