Isnin, 2 Oktober 2023
Amalan Terbaik di Ujung Usia -Ammi Nur Baits-
Ahad, 1 Oktober 2023
Kepada Allah ku berserah
KEPADA ALLAH DAKU SERAHKAN URUSANKU KERANA HANYA DIA YANG MENGETAHUI URUSAN HAMBA.........AAMIIN
YA ALLAH TUHAN YANG MAHA HIDUP, MAHA BERDIRI SENDIRI ,DENGAN RAHMATMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN PERELOKKANLAH SEGALA URUSANKU DAN JANGANLAH ENGKAU BIARKAN NASIBKU DITENTUKAN OLEH DIRIKU SENDIRI,WALAUPON SEKELIP MATA..... AAMIIN
DARIPADA ENGKAU KAMI DATANG DAN KEPADAKU TEMPAT KAMI KEMBALI, YA ALLAH KAU JADIKANLAH MUSIBBAHKU INI PAHALA DAN KAU GANTIKANLAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA INI........ AAMIIN.
Bantulah kami Ya Rabb
Sabtu, 30 September 2023
Malam Nisfu Syaaban.
Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."
Khamis, 28 September 2023
AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN,
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...