Selasa, 18 Julai 2023
HIDUP ITU TIDAK HANYA MENGEJAR DUNIA SAJA Persiapkan bekal kematian usta...
Isnin, 17 Julai 2023
Baiknya Allah kepada makhloknya...
Teringat daku tentang Solat Hajat.
Daku telah kenal Solat Hajat daripada belasan tahun lagi umurku. Daku adalah pengamalnya.
Daku teringat apabila dikau dapat transfer, betapa gembiranya dikau waktu itu dengan berbekalkan
kotak -kotak di atas varendah rumahmu, daku menangis di dalam hatiku. Daku dapat rasakan orang
yang tinggal akan menderita dalam kesedehan berbanding orang yang pergi. Tambahan pulak daku
miskin dan dikau kaya. Jika daku kaya mungkin perasaan ini tak ujud. Syukur daku kepada Allah
kerana daku telah biasa mengamalkan solat hajat pada usia mudaku lagi. Daku yakin dengan Allah
daku belum terlambat untuk menukar takdir yg bakal berlaku. Dengan penuh keyakinan yang jitu
daku minta pada Allah..."Ya Allah Engkau Tukarkan daku lebih dahulu daripadanya walaupon hanya
sehari" Tanpa rasa takut untuk keluar mengambil air sembahyang di luar bilik kecilku, malam demi
malam...MaasyaaAllah Tabarakallah Besarnya Kekuasaan Allah, daku dapati , beberapa hari
kemudian terdengar perkhabaran penukaranmu dibatalkan dan daku terus berdoa kepada yang Esa
untuk pergi dari situ.
Ya Rabb...Daku syukur sangat kerana daku dapat surat panggilan kerja yang daku Isi Borangnya
dalam Program Isi Penuh" Daku sujud syukur. Berkali2. Syukur Ya Rabb...Syukur Ya Rabb...
Daku akan pergi...Daku dapat merasakan kesedehanku akan tamat pada detik daku pergi.
Betapa sedehnya sekali lagi,bila daku dihimpit pilu bilamana daku nampak mentari merah ikut, seolah2
menempelakku...Tanpa daku sedari daku berada di atas bas yang entah mana2...menangis..Dan cepatku
kesat airmataku. Aku turun dari bas itu... Nasib... tak ada orang dlm bas itu...Hahaha...Tamat sudah
cerpenku...
Jika mahu dengar terus cerpenku lagi...ikuti kisah selanjutnya...Bye dulu
Mati dlm keaddaan bebas daripada 3 benda ini,
1) Al Kibir (Tidak Takabbur)
2) Tidak ada hutang
3) ?
Dapat Syurga yang Biliknya See Through Dalam Syurga
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram
Saturday, 3 November 2012
Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikit dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”
Allah SAW berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”
Khamis, 13 Julai 2023
6 Tanda Allah Sudah Tidak Peduli Pada Hambanya.
1) Merasa selalu beruntung
2) Dibiarkan bahagia menikmati dunia.
3) Dibiarkan mendapat apapon yang dia suka
4) Tidak diberikan balasan secara instan
5) Dibiarkan terlena dalam Kemaksiatan
6) Dilancarkan semua urusannya padahal tidak solat.
6) Di lancarkan semua urusan +
Buat sahabat lamaku...
Assalamualaikum sahabatku...
Daku tak pernah tulis berita spesifik untuk sahabat. Tapi daku sangat2 mahukan sahabat maafkan daku.
Daku tahu sahabat pon sakit sebagaimana daku sakit. Daku dapat berita sahabat dulu...Kita perlu pasrah
dan maafkan antara satu sama lain. Semoga dikau gembira bersama keluarga tercintamu. Aamiin.
Utusan ini akan ku sambung lagi.
Selasa, 11 Julai 2023
Menginginkan Allah mencintai kita
Jika mengingin Allah mencintai kita...
Diberi Nya ampunan kepada kita...
Cinta Allah itu jika diberikan tanpa mengira batas...
Nescaya Allah akan mengampuni sebanyak mana dosanya sekalipon...
MaasyaaAllah ..."katakan pada hambaku" ( AKU ITU DEKAT)
Bertaubat ...Dia akan mendapat ampunan dari dosa2nya...
Rabighfirli. 2X semasa bangun tidur
..Jika dia diampuni Allah apa yg diinginkan DLM HIDUPNYA di berikanNya
UCAPKAN ISTIGHFAR...TERUS MENERUS...
7 perkara yg akan mengalir pahalanya setelah mati...
1) Ilmu yang pernah diajarkan...
Dunia ini telah tidak lama...Dia sedang tenat dan jangan lah kalian leka...Jadilah orang yang baik disisi Allah...orang yg hatinya yang sentiasa mengharap rahmat Allah. Jika mengaji ilmu Tauhid kita tidak yakin dengan ALLAH KITA ADALAH ORANG YG GAGAL...KALAU KITA TIDAK BERUBAH MENJADI ORANG YG BAIK. KITA GAGAL
" JIBRIL BERTANYA RASULULLAH...APAKAH DIA IKHSAN?
Jumaat, 7 Julai 2023
Wanita Jaminan Syurga
Tidak mudah menjadi wanita yang menjaga kehormatan diri.
Doa agar dapat menjaga kehormatan diri. Kehormatan diri ini sangat mahal
harganya. Moga dapat kita menjaga kehormatan diri...
Menjaga Kehormatan diri...
Kata seorang sahabat , "Mahukah kamu daku, tunjukkan wanita Jaminan Syurga.
Wanita itu telah mendatangi Rasulullah dan aku nampak beliau seorang wanita
berkulit hitam...
Perempuan itu yg mendatangi Rasullah (seorang wanita berkulit hitam.) dia mengadu pada Nabi...Dia
sakit sawan apabila datang penyakitku auratku tersingkap. Tolong doakanku, Yaa Rasullullah..
Ya rasulullah doakan aku...
Jawapan Rasulullah,..."Ins syikti sabarti walakil jannah"
"Kalau kamu mahu kamu tetapkan sabarmu dan kamu dijamin syurga " tapi jika kamu mahu daku akan doakan pada agar Allah angkat sakit mu tapi tiada jaminan syurga"
Jawab wanita itu..."Aku pilih syurga" aku akan sabar...tapi ya Rasullah "Tolong doakan aku, jika aku sakit auratku terjaga." MaasyaaAllah... Menjaga Kehormatan diri...
4) Taat pada suami...InsyaAllah senang...Kuat minda, kuatkan hati, InsyaaAllah senang...kenapa
senang?...Sebab syurga itu mahal...Carilah Redho Allah...Mahalnya Cinta Allah, Kemahiran penting
untuk menjadi isteri yg solehah...Cari ketenangan...Sayang pada diri...Limitkan sogokan orang
kekepala kita bermacam rasa...
Beban tu tetap ada, tapi letakkan beban itu jgn diletakkan pada fikiran...Kita makin lemah...banyak
untuk difikirkan...letak pada emosi kita ...emosi akan merana...Kekuatan kita adalah hati kita untuk
Allah. Bantu diri kita untuk menjadi baik. Orang patut bahagia dgn kehadiran kita...
Beban itu mana nak kita letakkan...letakkan di dalam doa...InsyaAllah emosi kita akan di
tenangkan oleh Allah...ya Allah daku tengah sedeh...Wahai yg menghilangkan kesedihan...
Ingat...suami kita adalah asbab kita masuk ke syurga...Taati suami kerana Allah...Buat yg
terbaik...InsyaaAllah ...Layan orang dengan kepuasan hati...
"Ya Allah rezekikan kami suami yg baik dan kami menjadi isteri yg baik". InsyaaAllah..
Dan...
Keputusan Cerai berai ini buat Istisyarah dan Istiqarah...
1) istisyarah, mesyuarat
2) istiqarah ,mintak petunjuk Allah...
"Jadikan diri kita personaliti yg menyenangkan"
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabb

-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...