Selasa, 2 April 2013

Hai apa khabar...




Assalamualaikum.
Hai apa khabar...

Hari ini hujan turun.   Syukur Ya Rabb

Aku teringat lagu Sudirman.

Hai apa khabar?

Hai apa khabar?
Sudah lama tidak bersua... Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua.

Selasa, 8 Januari 2013

Wasiat Rasullullah kepada Abu Dzar


WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY
Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesradengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab). Abi Dzar menonjol dlaam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaumfakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia gelari orang sebagai Bapak sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilandari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )
Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gab enor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras . Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang nya, tetapi Abi Dzar tidak mempan untukdiperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja,kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi. Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.|
2


ABU HURAIRAH
Abu Hurairah adalah sahabat terdekat dengan baginda Rasullullah SAW. Beliau adalah ahlussuffah orang-orang yang diasramakan di samping Masjid Nabi untuk dibina dan gembeling secara khusus untuk melanjutkan perjuangan Rasullullah SAW dalam segala bidang perjuangan. Abu Hurairah sangat menonjol sebagai ahli hadis yang banyak hafal hadisRasullullah sebanyak tidak kurang dari 5364 buah hadis. Abu Hurairahlah diantara sahabat Nabi yang paling banyak hafal hadis Nabi itu. Adalah keistimewaan Abu Hurairah, bahawa ia menerima hadis tanpa catatan kerana hatinya terang dan otaknya gemilang berkat didoakan oleh Rasullullah, maka Nabi sering memberikan pesan-pesan nasihat yang berharga kepadanya seperti yang akan dapat dibaca nanti.
1

1

Ahad, 16 Disember 2012

Khamisku Madagaskar


Khamisku…Madagascar November 20, 2008 Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV. Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan.


Sebelah petang, aku,anis,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang.

“Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”


. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!

Ahad, 2 Disember 2012

AMALAN-AMALAN NABI PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN



Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat Fillah yang dirahmati Allah, Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya: Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan. Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu. Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.” Ketiga : Memperbanyak doa. Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.” Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.” Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu. Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa. Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar. Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama. ~ Semoga bermanfaat & Selamat Beramal ~

Sabtu, 3 November 2012

Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.  Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."


Allah SAW berfirman:


"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"

                                                                                        (Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku"  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata" Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.


Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,


"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."

Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."


Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:

Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"