Jumaat, 19 Disember 2025
Tokiwadai dalam kenangan
Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi. Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika. Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi. Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen Aini.
[LIVE] Tadabbur Surah Taha : Ayat 53 - 55 | 19 Dis 2025 (Jumaat) 10:00 p...
Bangi 19/12/25 Bersamaan 28 Jamadilakhir 1447.
Tadabbur Surah Taha : Ayat 53 - 55 |
Assalamualaikum...
Rabbiyasir wala tua a'sir watammambil khair...
Minggu depan tak ada kelas.
Kita sambung Tadabbur surah Taha ayat 53
Sebeluam kita tengok ayart 49 yg lepas
Firaun kata:
Setiap sesuatu makhlokNya untuk hidup:
Siapa boleh beri "Soalan Firaun" Siapa Tuhan Kamu Berdua" Wa ma...Firaun tanya...Musa tak jawab kedua2 soalan tersebut...jawab apa yag nak kita sampaikan ...yg benar sahaja. Musa jawab: Tuhan kami ialah tuhan yang memberi kepada makhloknya setiap sesuatu dan menunjukkan jalan2nya yangbenar
Allah memberi kpd makhloknya setiap sesuatu yang diperlukan...
Allah ilhamkan kpd manusia untuk mereka, sesuatu tak kira kafir atau muslim. contoh mereka air cond. :kesejukan ... kereta ; kenderaan dll . Manusia yang menciptakannya tak kira muslim atau non Muslim.
Mesej yang utama yg di sampaikan oleh Musa ialah memperkenalkan sifat Tuhan nya yang disembah dan yang mencipta ...13 tahun Nabi ambil masa untuk menerangkan kepada sahabat...untuk mengenal Tuhan kpd semua.
Pertama Nabi ajar ialah solat... Bila kita kenal Allah kita akan seronok bersolat.
Bila kita kenal makan kita akan seronok untuk mendapatkan nya. (seronok nak makan)
2) sifat utama Allah yang mnenunjukkan kebesaraan dan rahmat Allah yang kerana itulah Allah berhak disembah, dia maha mencipta segala2nya,,,dan dia jugak menunjukkan jalan2 kearah kebaikan.
Kalo kita perasan semua ayat2 Allah sebut tentang Maha Mencipta dan Maha menunjukkan jalan.
Dua perkara inilah yg manusia tak boleh
1) Mencipta: seekor lalat pon tak mampu.
2) Manusia tak mampu memberi hidayat...kerana ini lah hanya Allah sahaja yang berhak di senmbah.
3) Tidak ada satu pon makhlok Allah yang berhak di sembah kerana manusia lemah tak boleh menunjukkan kebaikan kepada manusia( manusia tak boleh beri jalan kebaikan)
Ayat seterusnya...
Fa ma bal : apa keadaan
Al Quru: satu qarnun...( kurun)
Apa cerita generasi dulu?:
Tidak adalah kebenaran kecuali ada dalil..yg tak ada dalil sesat
Surah yunus ayat 32.;ayat:
Maka tidaklah selepas kebenaran itu melainkan sesat.
Tak boleh paksa seseorang masuk Islam...jika dia tak nampak kebenaran,..dia tak boleh fikir...
TuhanMu, di Loh al Mahfuz dan dia tak akan lupa
Pengajaran ayat
1) Kebatilan adalah kesesatan yang tidak pernah ada hujjah ataupon dalil.
2) Tidak ada seseorang pon mengetahui perkara ghaib termasuklah nasib mereka2 yg telah mati sama ada ke syurga atau ke neraka kecuali apa yang ada beritahu oleh Allah.
Contoh...Boleh lah kita tahu Abu Bakar ahli syurga ?: sebab boleh =kerana Allah bagi tahu Nabi .
Nabi kata Abu Bakar ahli syurga.
Kita tak boleh kata apa2pon tentang yg kita tak tahu.(sekarang)
3) Setiap amalan manusia kecil atau besar semuanya dicatat oleh Allah dengan detail...terperinci...
kita tak tahu, terperinci Allah tahu. La yadhillu ala wala yansa.
4) Dakwah mesti ada unsur menggembirakan dan menakutkan...
Sambung ayat 53
Nabi musa adalah dalam kontek dia berdakwah kpd firaun...
Allazi: Yang
Jaala: telah menjadi
lakum:untuk kamu
al ard:bumi
mahdan: hamparan (yg mudah)
sambungan---> di bawah
--------------------------------------------------------------------
Buka surah al Milk ayat 15.
Hua: dia
allazi jaa'lakumallah: ceritakan tentang nya kepada kita kerana Allah nak sangat kita kenal dia sebab Allah sayang kita. Allah ceritakan dgn dirinya..kamu kenal Tuhan kamu akan cari Dia kamu sembah Dia kamu akan dapat Rahmat Allah. Tiap2 malam kita baca adakah kita tahu maknanya.
Hual lazi : ?
zalula : ?
famshu:keluar berjalan.
(Tawakkal tak menjaminkan usaha)
wakulu min rizki: nak rezeki kamu kena usaha..rezeki allah bagi berdasarkan usaha...di tambah dgn bertakwa..:
maka allah bagi rezeki yang tidak di sangka2:. Hasil dari usaha (penyebab dari usaha ialah rezeki) tawakkal dan takwa..
Apa beza tawakkal pada usaha?
Tawakkal pada usaha : Bila dia tak dapat dia kecewa ...boleh jadi syirik sbb dia kecewa...
dan Tawakkal pada Allah: dia akan redho sikit atau banyak dia redho..atau tiada...
Pastikan musafir kamu ada takwa.
-------------------------------------------------------
sambungan dari atas :
wasalaka: Dia mempermudahkan
lakum fi ha : untuk kamu
subula:padanya
waanzala: dan dia telah menurunkan
minas sama: dari air( samaq- awan)
-------------------------------------------------------------------------------------------
semak sendiri catatan dan pengajaran ustaz...berdasarkan ceramah...ok
fa akhraj na : lalu kami keluarkan
bihi: dengannya (air)
az waajam : dengan nya
min nabatis shaqqa : jenis2 tumbuhan pelbagai
wa sala ka: dan Dia mempermudahkan
Lakum: untuk kamu
fi ha: padanya
subula: jamak, plural, kalu satujalan2(darat ,udara, laut,)
wa an zala: dan dia telah menurunkan
minassama': dari awan air,hujan la (samaq: apa saja yg tinggi)
fa agh raj na: lalu kami keluarkan;
bihi : dengan nya
az wa ja: jenis
min naba; dari tumbuh2an
shatta: berbagai2
Alalh jadikan berbagai2 jenis tumbuh2an...ikan banyak jenis...menunjukkan rahmat Allah kepada kita..esok sotong lusa ayam...kita makan berbagai2..tapi ...adakah kita bersyukur? terhadap nikmat Allah itu?, hingga lupa nak baca Alhamdulillah
Buka surah Abbasa:
1) Maka hendaklah manusia tadabbur pada
memerhati bila ...
2) Lepas kami turunkan air hujan...kami yang belahkan bumi hingga keluarkan tumbuhan hingga ia berbuah...Tak pernah kita kira dan rasa sedap ...Lalu kamu tumbuhkan padanya anggur dan sayur2an dan buah zaitun,,: pokok kurma dan kebun2 yang subur
dan buah2aan dan rumput. (makanan haiwan)
mata an: kesenangan untuk kamu dan untuk binatang ternak kamu dan binatang ternak kamu pon pon untuk kamu... Maha suci Allah pernahkah kita paham ini semua?
Pernah kah kita baca doa...Doa bila kita lihat langit...-------------------------------
Balik pada ayat kita
Kulu: makanlah (ni yg paling kita suka )oleh kamu
War aun: dan peliharalah/jagalah
an a'makum : binatang ternakan kamu
innafi: sesungguhnya pada
za lika : demikian itu
la a yat: pasti ada tanda2 kebesaran ( Allah )
Liulin: bagi uli; orang yg memiliki
nuha: memiliki akal.
Cuba buka surah Fatir ayat : 27
alam taraannallah an zala minassamaq
Tengok allah nak kita berfikir...
alam tara: Tidakkah kamu berfikir(dgn akal)
an nallah : sesungguhnya Allah
an zala: menurunkan dpd langit
minas samaq: menurunkan dpd langit air
fa akh raj na: Kami turunkan dgn nya samarat buah2an yang
annuwanuha : berbagai beza
waminal jibal: kami jadikan gunung2
bi dun : ada warna putih:
wa gha ra bii busud: ada warna yg dsangat hitam
mukh talifon : jugak berbagai warna...macam
alwa nuhu:
kaza lika:
innama yah shallah : hanyalah yang takut pada Allah hanyalah hamba2 nya yang berilmu...
apa kaitan ayat sebelum ini.
Ilmu tentang sifat2 Allah...jika manusia fikir tentang kejadian alam ciptaan Allah. berfikirlah...
Allah tanya ...tidakkah kamu berfikir...
Ilmu adalah sebab manusia takut Allah.;
Ilmu apa? : Ilmu magrifatullah
Tentang sifat2 Allah. Caranya berfikir.
Nak kenal Allah kena berfikir.
Jangan reka ilmu baru...
Semakin kenal Allah semakin takut.
Semua di sebut di dalam Al Quran.
Tak berfikir tentang ciptaan Allah.
Jika makin kenal Allah kita akan
bertambah takut dan khusyuk.
Ada soalan?
an nuha makna akal
an nuha
al aqal
al albab
al fuad
al qalbu
5 perkataan ini sama erti.
Kita tutup dgn Takbir kafarah.
Kita jumpa tahun hadapan.
. DrMAZA-Hidup ini satu perjalanan yg pasti rugi..
Bangi 19/12/25 Bersamaan 28 Jamadilakhir 1447.
Thursday, 10 October 2024
Buat aku ,engkau dan yg tua2 lain.). DrMAZA-Hidup ini satu perjalanan yg rugi.
Rumahtangga Rasullullah adalah rumahtangga tersempurna
Bangi 19/12/25 Bersamaan 28 Jamadilakhir 1447.
Wednesday, 15 October 2025
Wednesday, 4 December 2024
Rumahtangga Rasullullah.
Rumahtangga Rasullullah adalah rumahtangga tersempurna. Kata ibnu Masood "Sekalipun sisa hidupku tinggal 10 hari aku pastikan aku bertemu Alah tidak dalam keadaan bujang"
Nabi bersabda: Ajarkan anak kamu 3 perkara.
1) Ajar mereka sampai boleh kasih pada Nabi.
2) Sampai dia boleh menyintai ahli keluarga nabi...Saidatina Fatimah Saidina Ali, anaknya hasan dan husin ,Saidatina Fatimah, Saidatina Khadijah, Aishah...
3) Ajarlah mereka membaca Al Quran. Keluarga Nabi Ahlulbait, ambil sedikit sahaja tentang dunia...Nabi ditawarkan emas sebesar bukit Uhud...Nabi pula suka bergaul dengan orang miskin. Bukan materialnya menjadi kehendak semata2...
Saidina Ali berkata, Rasullullah barsabda: Orang yang paling teguh kedudukannya di Titian Siraj ialah orang yang menyintai Keluarga Rasullullah
Tingkatan Orang Ketika Tertimpa Musibah – Ustadz DR. Syafiq Riza Basalamah
Bangi 19/12/25 Bersamaan 28 Jamadilakhir 1447.
Wednesday, 15 October 2025
Friday, 14 June 2024
4 Tingkatan orang yang kena Musibah .
1) Jazaq
2) Sabar
3) Ridho
4) Syukur
Bayangkan ya...Musibah itu nyata akan membawa kepada kita bersyukur. Tingkatan yang tak boleh itu Jazaq...
1) Jazaq.
Jazaq itu ialah orang yang tidak menerima takdir Allah. Dia yang ketika mendapat musibah berkata andaikata...andaikata itu tak bisa menghidupkan yang mati. Andaikata itu tak bisa membuatkan kecelakaan itu tidak terjadi. Ada satu cerita seorang balik dari kerja ,anaknya di dapatinya terapong di dalam kolam meninggal...dia ditepi sarang burung walid berhampiran kolam dan mengatakan Ya Allah andaikata aku tak punya sarang burung ini, andaikata aku tak punya kolam ini, ucapan andaikata itu adakah akan mengembalikan kehidupan anaknya? Tidak! Ada orang merobek2 bajunya...melempar2 piring...dia tidak menerima apa yang terjadi...itu haram...Tidak boleh. Secara akalnya tidak berguna kamu lakukan itu
2) Sabar.
Menahan diri secara menggunakan akal yang sihat ,menangis boleh, ada seorang wanita dia menangis tetapi jika menangis dgn melemparkan sesuatu tidak boleh sebab Allah mengatakan "Berikan Khabar gembira kepada orang2 yang sabar." Dan ingat sabar itu bukan dengan berjalannya waktu..."Sabar itu ketika rombakan pertama...ketika engkau mendengarkan musibah."..apa yang engkau lakukan ketika itu. Apabila engkau mengatakan Innalillahhiwainnailaihiroojiuun.
3) Ridho...
Allah maha baik ada hikmahnya
4) Syukur...
Allah masih memberi kaki yg satu lagi ketika kemalangan
Abu bakar itu. yang di beri Nabi ketika solat
"Allah humma inni dholamtunafsi zulman kasiroo. Wala Yagh firuzzunu bailla anta" Abu Bakar dijamin masuk syurga diberi doa ini oleh Rasullullah kata baca dalam solatmu.."Ya Allah sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak" Pengakuan kepada Allah...banyak membuat dosa Ya Allah. "Wala yagh firuzzunu bailla anta" Ya Allah tiada yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau Ya Allah...'Fagh firlii, ampunilah aku Ya Allah,"Maghfiratan min indih"..Ampunan dari sisiMu ."Warham ni" .Kasihi aku Ya Allah...
Innakaan "Innakaan tar ghafur rulrahim" Kalo ingin bahagia baca 100 kali taubat...Kita banyak dosa Ya Allah...Penyumbatan di jantungkita 100 kali ...ambil masaMU...Nabi SAW satu hari membaca "Rabbigh firli..waatub alaiya...Innakaan tattauwa burrahim" 100 kali
Ini rutinitas. Nasihat anna belajar mana yg dosa dan mana yang tidak dosa.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Ya Rabb...banyaknya isi daripada pelajaran ustaz ni. Rabbku anugerahkanlah pahala kepada Ustaz Moin . Tuhanku daku hanya share nak mudahk...
-
Allah yang maha perkasa. "Al Qawii yul mateen" KIV...Eni...
-
Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadilakhir 1447. Saturday, October 25, 2025 Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga...



.jpg)