Khamis, 4 Disember 2025

"Aku jadi guru sudahnya"...Rabu, 23 Ogos 2023

 

Rabu, 23 Ogos 2023

Aku jadi guru sudahnya...

 Tah!!..Kak kesian Eni!  Bila Kak suruh dia kahwin dengan pilihan Kak, Dia ikut ,Tapi dia tak bahagia. , Bila Kak Suruh jadi Cikgu dia ikut...Walau dia tak minat...  "Kak rasa bersalah pada dia" Itulah bicara Mak dengan bekas rakan sekerjanya dulu ,Arwah Ustazah Masitah yang telah menjadi rakan sekerjaku pula...Kak tahu dia tak minat jadi Guru.  Masa panggilan interview dia balik dari KL untuk interview Guru di Ipoh.  Pada masa tu dia tertinggal Sijil2 dia di KL sedangkan esok pagi pukul 9.00 interview.     Dia kata kat Kak "   Mak!  dah tak ada rezeki la tu, tu sebab tertinggal Sijil tu."  Kak kata..."Laaa tak boleh kata macam tu ..kita kena usaha."   Tak pa lah mak, Eni pon bukan minat sangat jadi Guru.  Laa kena usaha...hahaha Mak telefon Abang Manaf kat Ipoh...

Manap!  Hang tolong bawa Eni balik gi KL mlm ni jugak sebab dia tertinggal sijil dia di sana.  "Laa... macam mana jadi macam tu...Balik nak interview? "  Mak nak jugak hang tolong dia.  Mak tahu dia tak berapa minat Guru.   Hang balik Lenggong ambik Eni,  bawa gi KL ambik Sijil2 dia.  Daku  tak mo mak susahkan abang Manap... "Mak... dah tak dak rezeki dah tu".  Daku ulang2 kata2 tu...

Abang Manaf balik ,senang ja dia, apa kata Mak terus dtg...Ok jom Cepat...Pukul 10mlm, bertolak KL sampai KL ambil Sijil2 ku dan bertolak balik terus ke Ipoh pukul 4.00 pagi kami sampai.   Tak sempat tidur lama mana dah kena gi Interview... Di sebuah sekolah di Ipoh...Dah lupa dah daku sekolahnya.   Abang Manap komplin ku lagi..."Eni hang ni, Abg Manap tengok tak sturdy apa pon... Tengok orang2 lain semua baca buku" Ha ha ha aku senyum ja...

Hihi...Abang Manap! ...Kalo ada rezeki dapat la...Kalo tak , tak laa...Budak2 lain semua masih muda lagi lepasan SPM dan STPM..daku masa tu agak tua sikit ,sebab dah pernah kerja.  Ha ha sebab tu tak takut sangat sebab dah kerja...daku dah selesa kerja kerani dah masa tu...kerja di bawah bos yg mude2 dan baik pulak tu...paling baik, Mr Tan Swee Yong, selalu bagi aku kalender cantik2 bila ada meeting dgn delegasi dari Jepun..dia jugak pick karangan bunga2 hidup beri padaku lepas meeting selesai.  Daku suka sangat...banyak gambar 4 musim yg daku dapat...marah orang lain...Masa ni aku mude, banyak yang datang melamar,daku tolak semuanya termasuk  pupu2ku dan kenalan kepada sedara2ku...daku tak mau...tertutup hatiku...

Sehingga, tibalah satu masa aku mendapat panggilan daripada Maktab...hihi kena pegi jugak sbb mak nak sangat daku jadi Cikgu...mak...mak...akhirnya Eni jadi Guru dalam keterpaksaan...Minat mula bercambah beransur2...Sebenarnya daku dapat Hidayah dari Allah bilamana Ustaz Ali bagi ceramah bahawa Rasulullah pernah berkata bahawa Baginda adalah seorang Guru...Daku pegang itu dan tak lepas2 lagi dah.

Banyak lagi ceritaku...

Mak...Eni jugak buat rumah di tapak yang mak tunjukkan berkali2 itu ..Walaupon pada masa mak ulang2 suruh tu, Eni hanya gelak dlm hati.."mak ni!.... tak kan org nak buat rumah di sini "   hihi...berkat doa makku...Daku buat rumah untuk jadikan "Rumah Bila Bercuti" tapi dah jadi tempat aku menginap sekarang...Besarnya doa  ibu terhadapku...Daku jual rumah yang ku beli di Taman Jana Setia Taiping..Ha ha Rumah tu besar dan selesa.  Daku orang pertama tinggal di Taman tu.  Lengkap semuanya , tepi pagar Sekolah Taman Jana Sekolah ketigaku...Sekolah ni terima Guru2 yang terpilih sahaja masa tu. Sekolah Baru.   Syukur....Daku diterima  ngajar disekolah tu... hehe bila dah lama berpindah dan meninggalkan rumah tu ....daku dah tak minat nak tinggal di situ lagi...Selepas pencen, daku pindah di Teratak Kecilku Di Kampong Pechah Batu yang ku panggil " Hill View Jalan Pechah Batu"...Dapat jugak, tok nenekku pahala bila daku beribadat diatas tanah mereka tinggalkan.Syukur ya Rabb.  Daku tanam pokok buah2an apa yang patut, meskipon dimakan haiwan pahala tetap mengalir kepada mereka juga.Aamiin! Aamiin!  Aamiin! Ya Rabb.

Sebelum tu, masa mengajar di Sek Keb. Lenggong daku juga ada beli rumah di Taman Meor di tengah2 pekan Lenggong bersebelahan rumah Halim kawan sekelasku seorang polis.  Rumah ini dibina oleh Pemaju yang membina rumah di Taman Bukit Raja Lenggong.  Sama dapat CFnya...  Daku jual juga rumah ini kepada En. Ismail Perancang Bandar yang bekerja di Majlis Daerah pada ketika itu.  Masa tu daku dah berpindah ke Taiping.  Anak ku Anis, memang lebih mengenali Taiping daripada  Lenggong kerana  masa membesar... dia di sana...

Assalamualaikum...Semoga sahabat semua sejahtera...Aamiin...

Tamat dulu ceritaku...

Continue:

Teringat jugak ku masa kami tinggal di Jalan Pechah Batu ini kami letakkan alamat  kami, Quarry Road Lenggong...Semua surat2 sampai  macam biasa ,dengan selamat...hihi...Bijak sungguh Postman Zaman dulu2...

3 Doa harian mudah jangan tinggal

 


 Amalkan 3 doa penting ini setiap hari.  Doa tersebut adalah

1)  Allah humma inni as aluka khusnul khootimah

      Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu

       Khusnul Khootimah

2)   Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut

       Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum            wafat

3)   Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik

      Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah            hatiku pada AgamaMu.


2 Disember 2025 “JAGALAH ALLAH, ALLAH MENJAGAMU” Ustaz Mohamad Adnin bin...

 

Ahad, 23 Februari 2025

23/02/25 Metode Luqman Dalam Mendidik Anak

 

Metode Luqman Dalam Mendidik Anak


LOKMAN WALAUPON BUKAN GURU TAPI BELIAU DI SEBUY DI DALAM ALQURAN

(LIVE) MB Perak Rasmi Majlis Makan Malam Perhimpunan Agung Tahunan Muba...

Rabu, 3 Disember 2025

Wednesday, 26 February 2025 Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA"

 

Wednesday, 26 February 2025

Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA" 🚨🔊‼️ . 26 Feb. 2025...


Bismillahhirrahmanirrahim
InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan 
atau tajuk di beri    "Ramadhan adalah Laluan Mudah ke syurga."
Tengok Hadith Nabi:


Selari dengan tajuk bulan Ramadhan itu "suffidat".. Dirantai, dirantai kuat2 sehingga tak terlepas
Malam pertama lagi... Dirantai kuat2 sehingga tak terlepas.. 

1)Allah pastikan kita buat kebaikan tiada gangguan, paling besar bagi manusia... Syaitan..

"Wahai Manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar janganlah  kehidupan dunia menipu daya kamu sehingga kamu terlepas dgn janji Allah yg begitu besar dan banyak dan jangan syaitan menipu kamu 

(kebanyakan manusia 11 bulan di tipu oleh 2 benda,)

1: kehidupan dunia perhiasannya 
   (syaitan dan jin yg jahat)

2). Di tutup kuat2 pintu Neraka. Malah Nabi kata tidak akan di buka walaupon satu pintu."wafuttihat"...
dibuka dgn sebenarnya pintu syurga dan tidak akan di tutup walaupon satu pintu. 
Dan orang yg menyeru memanggil   (mungkin Allah. mungkin Malaikat) 
Setelah 3 benda ini berlaku.. Seruan Allah:  "Wahai org yg ingin kebaikan... Dtg cepat2 buat cepat2, jgn tangguh lagi.." 
Wahai org yg inginkan kejahatan... Cukup2lah... Dan kemuncak nya.. Setiap mlm ada saja manusia yg di bebaskan dpd neraka, sepatutnya. dia masuk Neraka Allah tukarkan... Menunjukkan Bulan Ramadhan, satu hadiah yg sangat besar, satu rahmat Allah dan satu nikmat Allah yg sangat mulia, sangat agung yg Allah sediakan untuk kita supaya kita betul2 dapat syurga. Mungkin 11 bulan Allah tahu kita berperang dgn nafsu, syaitan dengan dunia... Maka tak apalah Aku berikan satu bulan hadiah... Kamu akan dapat mudah laluan kamu ke syurga. 

Okey... Semak sekali lagi terjemahan dgn ustaz....

TERUSKAN... 

      

     Wahai org2 yg beriman, (mengapa org beriman?).  Syarat pertama nak puasa mesti beriman kalau kamu tak beriman, tak payah puasalah.  Jika Islam tapi tak solat tak payah posa lah sebab syarat nya org beriman kpd Allah.. Allah tujukan kpd org yg beriman dengan Allah dgn ghaib, malaikat, syurga. Neraka dgn dosa dgn pahala barulah layak kamu terima tanggungjawab ini. Kalau sekadar mulut sahaja beriman tapi tak ada cinta Allah lebihkan dunia dpd akhirat maka puasa tak ke mana.  Kemudian Allah katakan diwajibkan keatas kamu puasa.. Apa makna puasa(ianya bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi dlm buku tak sebut yg lain2 lagi ia itu, mengumpat di teruskan. Menipu di teruskan,

Maka puasa juga di wajibkan atas org2 dahulu juga,...Para Nabi dan para RASUL... Jika kamu puasa, kamu juga akan di naikkan taraf . 
Jadi bertuah lah kamu di masukkan dlm kumpulan org yg beriman yg berjaya berpuasa kemudian Allah sebut, supaya kamu bertakwa... Apa ciri2 org bertakwa?  Awal surah al baqarah jugak..." Zaalikalkita bulan roibafihihudallilmuttaqin. "


      Ciri2 org bertakwa adalah beriman dengan benda ghaib... Apa dia benda ghaib? 
Allah, Malaikat, syurga Neraka, dosa pahala, jin azab kubur..dsb.. Semua itu wajib kita beriman dan sebelum beriman wajib kita belajar... Di mamá cerita benda2 baik?... Dalam Quran.  Jika kamu tidak beriman dgn benda ghaib... Kamu tak mungkin menjadi org yg bertakwa. Mustahil.  Itu yg masuk puasa keluar besok balik asal... Sebab kamu tidak beriman dgn ciri2 utama org berilmu. 
Setelah yakin pada Allah, yakin pada akhirat, maka dirikan solat
".  Innassolatatanha anil fahsya iwalmungkar"
Solat yg boleh mencegah kan kemungkaran. Tak cukup dgn itu mesti ada satu lagi..." Hablunminallah hablunminannas.) 
Apa yg Kami beri rezeki kpdnya itu mereka infaq... Bukan hanyalah Ramadan sahaja sepatutnya di hari2 biasapon dan  benyak2 lagi di bulan Ramadhan. 
Manakala Rasullullah memberi tanpa meminta dan mendapat balasan. 


Rasulullah paling banyak infaqNabi itu pemurah nya sangat2 luar biasa. Walaupon tak banyak tapi bila dia bagi macam orang banyak hartaBila bagi tak pernah takut miskin.  Dan bila masuknya bulan Ramadhan, bertambah pemurah Nabi kita. 

Teruskan mendengar ceramah ustaz...Moga Bermanafaat.

Ketipang Payung (Lirik) - Rahmah Rahmat

 

Ketipang Payung (Lirik) - Rahmah Rahmat

Apa. Khabar..