Khamis, 2 Oktober 2025
SHARIFAH AINI - Ku Pohon Keredhaan MU
Syukur Ya Rabb...Sempat anakku buatkan makan sahur untukku...
Daku berdoa agar dapat berpuasa pada hari ini. Moga Allah pelihara aku dalam keadaan kita berlapar berkemungkinan proses ambil darah dan pemulihan berjalan dgn baik dan tidak bermasaalah...Aamiin. Rabbku ..Berjayakanlah aku..Hanya Engkau daku serahkan urusanku. Berikanlah RahmatMu Berjayakanlah daku Ya Rabbku. Ampunilah daku yang banyak berdosa ini.
Ya Haiyuya khaiyum birah mati ka as taghi su ash lehli syakni kul lah wala takilni illa nafsi tar fa ta ain.."
."Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup Maha Berdiri Sendiri daku serahkan Urusan ku kepadaMu dan jangan Kau lepaskan padaku walaupon sekelip mata , tanpa mendapat pertolonganMu. Aamiin.
"Hasbunallah hi wa nikmal wakil...Wala haula wala khuwataillah billah. Aamiin
Kepada Allah daku wakilkan.Tiada daya dan upaya daku menolak sesuatu hanya dengan pertolongan Allah." Aamiin
Sahabatku , doakan daku agar berjaya pada usahaku kali ini.
Assalamualaikum sahabatku...
Hari ini daku masuk fasa memulihkan lututku. Daku benar2 berharap agar ianya berjaya. Daku orang biasa2 sahaja. Daku hanya mengharap peluang ini sahaja. Daku orang biasa tak punya banyak wang seperti orang lain yang pada bila2 masa mereka boleh mendapatkan rawatan dengan wang ringgit sendiri. Doakanlah daku berjaya. Kalau dulu daku buat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. ianya bertahan agak lama dan ku ulangi dengan memulihkan lututku ini di Hospital Tengku Ampuan Bainun Ipoh, ianya bertahan agak lama juga berbanding daripada kenalan kakakku yang pemulihan mereka cuma setahun sahaja. Moga daku berjaya .
Doakanlah daku. Itu sahaja harapanku kerana peluang bagiku, bukan datang banyak kali bagi orang sepertiku ini. Daku cuma berhadap agar daku dapat solat dgn sempurna dan sihat dalam usahaku untuk mengerjakan Umrah pon satu hari nanti Mengerjakan Haji. Moga Allah pulihkan dengan penuh rasa syukur sebagai sebagai seorang yang hidup sederhana ini. Ya Rabb moga daku berjaya. Itu doaku. Permudahkanlah urusanku hari ini.
Sahabatku , doakanlah daku nescaya daku doakan sahabat. Meskipon siapa sahabat daku tetap doakan agar sahabat bahagia dunia akhirat dan dengan doaku itu daku pulak akan mendapat doa dari malaikat. Aamiin.
Terima kasih.
Rabu, 1 Oktober 2025
Apa. Khabar..
-
PALING CANTIK.. LAGU NI SEDAP SANGAT. SUARA DAN GAMBARNYA MENARIK SANGAT. Ya Rabb... HEY IT ISN'T ACCIDENTAL THAT WE MET...KAN? ( ...