Rabu, 3 Disember 2025

Wednesday, 26 February 2025 Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA"

 

Wednesday, 26 February 2025

Kuliah Khas Ramadan "RAMADAN LALUAN MUDAH KE SYURGA" 🚨🔊‼️ . 26 Feb. 2025...


Bismillahhirrahmanirrahim
InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan 
atau tajuk di beri    "Ramadhan adalah Laluan Mudah ke syurga."
Tengok Hadith Nabi:


Selari dengan tajuk bulan Ramadhan itu "suffidat".. Dirantai, dirantai kuat2 sehingga tak terlepas
Malam pertama lagi... Dirantai kuat2 sehingga tak terlepas.. 

1)Allah pastikan kita buat kebaikan tiada gangguan, paling besar bagi manusia... Syaitan..

"Wahai Manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar janganlah  kehidupan dunia menipu daya kamu sehingga kamu terlepas dgn janji Allah yg begitu besar dan banyak dan jangan syaitan menipu kamu 

(kebanyakan manusia 11 bulan di tipu oleh 2 benda,)

1: kehidupan dunia perhiasannya 
   (syaitan dan jin yg jahat)

2). Di tutup kuat2 pintu Neraka. Malah Nabi kata tidak akan di buka walaupon satu pintu."wafuttihat"...
dibuka dgn sebenarnya pintu syurga dan tidak akan di tutup walaupon satu pintu. 
Dan orang yg menyeru memanggil   (mungkin Allah. mungkin Malaikat) 
Setelah 3 benda ini berlaku.. Seruan Allah:  "Wahai org yg ingin kebaikan... Dtg cepat2 buat cepat2, jgn tangguh lagi.." 
Wahai org yg inginkan kejahatan... Cukup2lah... Dan kemuncak nya.. Setiap mlm ada saja manusia yg di bebaskan dpd neraka, sepatutnya. dia masuk Neraka Allah tukarkan... Menunjukkan Bulan Ramadhan, satu hadiah yg sangat besar, satu rahmat Allah dan satu nikmat Allah yg sangat mulia, sangat agung yg Allah sediakan untuk kita supaya kita betul2 dapat syurga. Mungkin 11 bulan Allah tahu kita berperang dgn nafsu, syaitan dengan dunia... Maka tak apalah Aku berikan satu bulan hadiah... Kamu akan dapat mudah laluan kamu ke syurga. 

Okey... Semak sekali lagi terjemahan dgn ustaz....

TERUSKAN... 

      

     Wahai org2 yg beriman, (mengapa org beriman?).  Syarat pertama nak puasa mesti beriman kalau kamu tak beriman, tak payah puasalah.  Jika Islam tapi tak solat tak payah posa lah sebab syarat nya org beriman kpd Allah.. Allah tujukan kpd org yg beriman dengan Allah dgn ghaib, malaikat, syurga. Neraka dgn dosa dgn pahala barulah layak kamu terima tanggungjawab ini. Kalau sekadar mulut sahaja beriman tapi tak ada cinta Allah lebihkan dunia dpd akhirat maka puasa tak ke mana.  Kemudian Allah katakan diwajibkan keatas kamu puasa.. Apa makna puasa(ianya bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi dlm buku tak sebut yg lain2 lagi ia itu, mengumpat di teruskan. Menipu di teruskan,

Maka puasa juga di wajibkan atas org2 dahulu juga,...Para Nabi dan para RASUL... Jika kamu puasa, kamu juga akan di naikkan taraf . 
Jadi bertuah lah kamu di masukkan dlm kumpulan org yg beriman yg berjaya berpuasa kemudian Allah sebut, supaya kamu bertakwa... Apa ciri2 org bertakwa?  Awal surah al baqarah jugak..." Zaalikalkita bulan roibafihihudallilmuttaqin. "


      Ciri2 org bertakwa adalah beriman dengan benda ghaib... Apa dia benda ghaib? 
Allah, Malaikat, syurga Neraka, dosa pahala, jin azab kubur..dsb.. Semua itu wajib kita beriman dan sebelum beriman wajib kita belajar... Di mamá cerita benda2 baik?... Dalam Quran.  Jika kamu tidak beriman dgn benda ghaib... Kamu tak mungkin menjadi org yg bertakwa. Mustahil.  Itu yg masuk puasa keluar besok balik asal... Sebab kamu tidak beriman dgn ciri2 utama org berilmu. 
Setelah yakin pada Allah, yakin pada akhirat, maka dirikan solat
".  Innassolatatanha anil fahsya iwalmungkar"
Solat yg boleh mencegah kan kemungkaran. Tak cukup dgn itu mesti ada satu lagi..." Hablunminallah hablunminannas.) 
Apa yg Kami beri rezeki kpdnya itu mereka infaq... Bukan hanyalah Ramadan sahaja sepatutnya di hari2 biasapon dan  benyak2 lagi di bulan Ramadhan. 
Manakala Rasullullah memberi tanpa meminta dan mendapat balasan. 


Rasulullah paling banyak infaqNabi itu pemurah nya sangat2 luar biasa. Walaupon tak banyak tapi bila dia bagi macam orang banyak hartaBila bagi tak pernah takut miskin.  Dan bila masuknya bulan Ramadhan, bertambah pemurah Nabi kita. 

Teruskan mendengar ceramah ustaz...Moga Bermanafaat.

Ketipang Payung (Lirik) - Rahmah Rahmat

 

Ketipang Payung (Lirik) - Rahmah Rahmat

Monday, 24 December 2012 Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 

Monday, 24 December 2012

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
 
                                                                                                (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                                          (Ali 'Imran: 110)

Jumaat, 10 Januari 2025 Jumaat Penghulu Segala Hari...

 

Jumaat, 10 Januari 2025

Jumaat Penghulu Segala Hari...

Assalamualaikum.

Jumaat 12.48pm.   Twelve forty eight post meridiem.  12.48 selepas tengahari.

Eni...Apa cerita hari ni?

Entah lah.   Cerita tak besar mana .  Hanya cerita2 bersangkut paut pada hari.  Hmm,   Hari ini  Hari Jumaat.  Jumaat adalah penghulu segala hari.  Mari ku ceritakan.  Pada setiap hari Jumaat daku akan panggil semua murid Asrama RISDA ku itu  berkumpul di bilik kecilku.  Jumlah mereka hampir 40 orang.  Mereka balik sekolah awal.  Hmm.   Jom!.Jom!  .Kumpul dalam bilik Kak.   Hihi...Ceria sungguh budak2 kampong itu.  Aku sayang mereka dan mereka pon sangat sayang padaku.  Dengar kata dan tak lepas laku.  

Bilik kecilku tak besar mana.  Kelakar sangat.  Bilik Warden Asrama Anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bangunan Asrama ini adalah kepunyaan RRI dahulu.  Rubber Reach Institude.  RISDA jadikan Asrama anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bilik aku tak besar mana mungkin office agaknya dulu sebab ada SATU HALL , SATU TANDAS DI LUAR BANGUNAN TU DAN SATU BILIK KECIL yang boleh memuatkan hanya sebuah katil bujang ,almari bersikat dan satu meja kecil dan cukup  pula untuk ruang solat.   Jadilah!  untuk seorang Warden Asrama seperti aku.   Steady ja aku tinggal kat situ dgn penuh rasa redho dan bertanggungjawab terhadap anak kampong dan ada yang hampir umurku mungkin .  Pada masa tu usiaku baru 19 tahun plus.  MaasyaaAllah mudanya aku masa tu.

Masa Interview , aku di interview di bilik kecil itu...Bilik tu bilik pejabat masa tu.  Terdapat 3 Pegawai.  Salah seorangnya En. Nordin.  Pegawai RISDA Negeri, En Nawi dan .....   Mereka terima aku dan bagi tarikh aku kena datang.   Dapat nasihat sedikit sebanyak , aku pon  datang pada tarikh yang diberi.  

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik atas pemantauan Dari Pegawai2 RISDA Grik yang ada.  Tuan Syed dan Tuan Syeikh yang rajin datang berurusan denganku masa itu.  Termasuklah En. Mior berurusan denganku dgn penuh berhemah.  Mereka baik2 belaka.  Aku suka Tuan Syeikh lembut orang selalu menyelesaikan masaalah di asramaku.   Jika murid sakit banyak  dia yang datang untuk membawa ke hospital.  Ada apa berita tentang Asramaku dia yang datang beritahuku.  Aku hampir jatuh cinta pada dia kerana kebaikan dia.  Ha ha ha.  Mereka lain selalu kata, memang Syeikh jatuh cinta padaku.  Aku nafikan untuk elak dpd fitnah.

  Pada suatu hari Syeikh Buat Parti di rumah bujangnya.  Mungkin Harijadi dia agaknya.  Jemput aku datang sama.  Betapa beratnya aku nak datang.  Macam2 aku buat helah tak mahu datang tapi Kak Bibah pujuk jugak aku dengan Eni.   Aku suruh kak Bibah dan Eni Mak Ngah Hindon pergi sahaja tanpa aku.  Mereka tak mahu jika aku tak pergi.  Aku beli "koyok" nak letak kat dahi aku , kata aku tak sihat.  Akhirnya aku datang jugak.   Nasib aku datang.   Dengar Syeikh kata.   Ha ah...Inilah tetamu yang kita tunggu2 itu.  Mereka lain pakat berkata,   Siapa? siapa?   Syeikh kata ...Hmm...Ada la...

Rupa2nya  kami bertigalah  tetamu yang di tunggu2 itu.    Aku terfikir kalau aku tak datang ...macam mana.?  Nasib baik aku datang.  Aku datang dalam keterpaksaan.  Rumah bujang mereka penuh dengan tetamu  pada masa itu, mostly di kalangan guru2 perempuan.  Pada masa tu yang aku kenal hanya Ai___ A.... kawan sekelasku dan kakaknya.   Ai___ F....  Kedua2 mereka dah jadi guru masa tu.  Ai___A datang dengan kekasih dia kakitangan Pejabat Hutan tak salah aku.  .Akhirnya mereka berdua ni sampai jodoh.   Pada masa itu  Cikgu Ai___ F hangat  bercinta dengan Tuan Syed,  tapi cinta mereka tak kesampaian.  Cikgu Ai___ F, akhirnya berkahwin dengan seorang guru.   Emak mereka ni ada juga kekerabatan dengan keluarga ibu ku.   Ai___A  ni rajin jugak datang ke Asrama RISDA jumpa dan sembang2 denganku.  Ajak aku datang rumah, makan2.    Rasaku Uji dan Abu pon ada dlm majlis Syeikh tu.  Mereka dah bertunang.

  Tuan  Syeikh akhirnya dapat naik pangkat dan berpindah   Mereka baik denganku macam adik berdik aja.   Aku suka   Hihi.  Bila aku berjalan kaki untuk ke Pejabat Pos,  selalu aja Tuan Syeikh berhenti kereta jemput aku naik.   Malu2 alah, aku terima.   Ha ha itu lah yang arwah Abang Halid cemburu sangat.  Pergi ketingkap Asramaku.  "Eni! abang Halid bawa basikal mari sini ya?  "Tak Mahu"   itu kataku.  Dia akur ja kata adik dia...Abang Halid!  Abang Halid !... Abang Halid kelakar sangat bagi Eni. Hmmmm...Kenangan....Dia dah Pergi Mengadap Allah.... Aku sayang dia...

Eh!    Aku tengah cerita pasal Hari Jumaat.   Anak2 asramaku berkumpul...Untuk apa.?   Hmm. hanyalah untuk mendengar Khutbah Jumaat dari Radio Aiwa buatan Jepun yg ku beli masa nak datang kesitu.  Setiap Jumaat semua anak2 buahku  aku ajar mereka dengar Khutbah Jumaat.  Aku tak pandai berceramah jadi dapat juga ilmu agama  meresap masuk ke otak anak2 buahku ...  Syukur Ya Rabb,  aku tak lupa untuk mesra2kan anak2 buahku mengingatiMu.  Aamiin.

2 be Continue.

 

 

Apa. Khabar..