Ahad, 14 Disember 2025
Siti Fairus.
Jangan lah cepat marah. Mungkin org ikhlas dgn kita. Kita tak tau. Maafkan orang selalu... Baru kita damai...
InsyaaAllah.. Ya Rabb... Damaikan hati kami Rabbku... Kami tak berniat mengecilkan hati sapa2...
Maaf paling sukar nak di ucap...
Mari kita saling bermaafan...
Berlumba lah mendapatkan redho Allah...
Jika anda ingin berlumba salam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga.
Mari kita berlumba-lumba kearah ini. Jangan kita lupa , tiada apa yang lebih bermakna daripada ini. Kumpullah dari sekarang pahalanya walaupon terpaksasa kau raih dengan kadar sedikit demi sedikit. Jika tidak sedikit masakan dapat menjadi banyak. Pahala itu akan Allah balas meskipon dari sebesar zarrah sekalipon.
Mari kita ingat buatlah kebaikan dari sekecil2 kebaikan dan Nabi berpesan Jangan dipandang remeh dengan pahala2 yang sedikit. Ingat sekecil2 Iman ialah mengelakkan daripada berlakunya perkara mungkar. Jika kita tak mampu mengelakkan daripada melaksanakannya sesuatu yang besar, setidak2nya kita memberitahu atau menegurnya, jika kita tak mampu menegurnya dengan lisan, maka kata Nabi SAW serendah2 Iman itu kita menegurnya dengan hati.
Mari kita ambil iktibar kita(engkau dan aku ) akan bertemu Allah tak beberapa lama lagi.
Kita gigit kuat2 pesan Nabi kita ini jangan terlepas. kita sama2 jujur dalam hidup kita ini kerana "Siapalah kita di dalam bumi Allah yang tidak kekal ini" Kita tak tak kekal, sahabatku. Kita akan bertemu Allah jua.
Mari kita merendah diri kepadaNya. Daku mengaku ,bahawa daku tak selayaknya menegur sesiapapon kerana daku bukan siapa2 dan daku hanyalah guru biasa, Daku bukan Ustazah Asma' Harun, daku juga bukan Ustaz Maza yang hebat itu...daku hanyalah Noraini yang bukan siapa2. Pandai dan bijak daku tiada malah pangkat ...jauh sekali. Siapalah daku di sisi sahabat, Sebelum daku mengundur diri daku susun jari sepuluh ingin memohon maaf di atas setiap teguran yang daku buat dan pernah buat, Maafkan daku.
Itu sahaja yang daku mampu pinta dam sedar"Daku hamba Allah yang hina"
Sahabatmu.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadilakhir 1447. Saturday, October 25, 2025 Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga...
-
Senja Berulang Senja Hari dah hampir senja. Begitulah hidup kita ini. Senja berulang rindu. Rasaku tajuk lagu tu salah. hihi Aku , kau...
-
Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga | ust... Sabtu, 25 Oktober 2025 Saturday, October 25, 2025 Subhanallah....
-
Nak khusyuk dalam solat...tak boleh dapat dari mana2... Boleh dapat dari mana? Khusyuk akan seronok. Khusuk kena baca ayat yang panjang d...
-
Jika anda ingin berlumba salam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga. Mari kita ber...
-
Monday, 17 November 2025 Pengajaran yang lepas" Telah keluar rombongan...Kalau ada barang bersama... Telah berkata bapak mereka...Ro...







