Jumaat, 21 November 2025

PENANG HAK KEDAH & MALAYSIA JAJAHAN TAKLUK AMERIKA












Bicara tentang Kadar ,...itu kekuasaan Allah. Jangan harap pada manusia.

Isnin, 9 Jun 2025


Isnin, 9 Jun 2025

 Cukup dia sakit dia mengadukan kepada Allah.  Allah sedang menguji dia apakah dia beriman dengan takdir yang baik atau yg buruk. Allah menguji dia , dengan itu  dia REDHO DAN SABAR...ALLAH AKAN HAPUSKAN DOSANYA..ALLAH AKAN ANGKAT DARJATNYA  MUNGKIN DGN SABAR DAN REDHONYA ITULAH  ALLAH AKAN MASUKKAN DIA KEDALAM SYORGA.


Jangan mengadu kepada manusia.  Yg memberi ujian itu Allah.  Adukan kepada Allah pasti ada jalan terbaik buat dia. Allah sebut..Wamaiyattaqhillaha yaj a'lahu mahraja wayarzuku manhaituyahtasib...Barang siapa yg bertaqwa kepada Allah,.,Allah memberikan jalan keluar... baginya Allah akan memberi rezeki dari jalan yang tidak diketahui.  

Buat  kita....InsyaaAllah...

Bicara tentang Kadar ,...itu kekuasaan Allah.  Jangan harap pada manusia.  Jangan sampaikan pada orang jika anda lapar..  JANGAN menghinakan diri kepada manusia.   Sahabat lebih susah lebih miskin daripada kita tetapi mereka sabar.   Allah tahu,  itu orang beriman. Adukan kepada Allah.  Semua yg terjadi telah tercatat di LOH MAHFUZ, 50 ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi ini...Hadith Soheh Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Termizi, ,Abu Daud...RA.

Nabi SAW bersabda:  Yg pertama kali Allah cipta adalah kalam...Dia bertanya  Allah apakah harus dia lakukan?  Maka Allah perintahkan  Kalam menuliskan  sesuatu apa yang berlaku seluruh takdir makhlok hingga kiamat.  Tiada yang terluput.  Sampai manusia masuk Syurga, Negara  kekal, telah tercatat di sana .,..manusia tak tahu asal usulnya hanya  Allah yg tahu...

Imam Ghazali. : Kualiti Puasa

 

Ahad, 10 Disember 2023



Penyampai:Hajjah Norhafizah. 


Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita puasa di bulan Ramadhan

1). Tahan mata dari perkara keji.  Tak boleh pandang sembaran kerana ia akan mengganggu hati.

2). Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tak berfaedah- banyakkan zikrullah dan tilawah (lisan) mulut diawasi jangan cakap pasal orang.

3). Mendengar perkataan yang haram didengar. Dengar haram seperti makan benda haram dandusta jugak seperti makan sesuatu yg haram.

4). Tahan segala anggota tubuh daripada melakukan perkara haram dan subhah.

5). Tidak makan berlebihan. Allah tidak suka perut yang penuh... Perut yang penuh sampai tak ada ruang kosong Allah benci

6). Hendaklah timbul rasa takut dan harap sebab kita tak tahu amalan yg kita kerjakan itu diterimla atau tidak oleh Allah. ( Ya Allah terimalah amalanku (takut dan harap) tak riak...

Aamiin Aaminn Ya Rabbala'lamin... 

TAZKIRAH : Momentum Ibadah Bila Tiba Bulan Rejab - USTAZ SHAMSURI AHMAD

 

Selasa, 31 Disember 2024

TAZKIRAH : Momentum Ibadah Bila Tiba Bulan Rejab - USTAZ SHAMSURI AHMAD

Doa ini selalu , Dekat dah ni...

 


Ahad, 22 Disember 2024

Doa ini selalu ,

 Bulan Rajjab bulan bercucuk tanam Bulan Saaban bulan Menyiram dan bulan Ramadhan menuai...Simboliknya...Pahala di Bulan Ramadhan.


Allahhummaba riklana fi Rajjab,

Waba riklana fi Syaaban,

Waba lighna Ramadhan

Kita telah tidak kekok bila datang bulan Perjuangan kita Ramadhan.

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

 

Jumaat, 22 Disember 2023

SAHABAT DUNIA AKHIRAT



Nabi saw bersabda:  

 Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkan bahawa dia mencintainya. (Riwayat Abu Dawud)

 SAHABAT DUNIA AKHIRAT

SAHABAT,

Jika dah ada Sahabat Dunia Akhirat, Jangan lepaskan,pegangkuat-kuat,

walau kadang ada terguris hati.

Jika belum ada, berdoalah dan carilah dengan sungguh-sungguh..


Daripada Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasullullah SAW bersabda:

"Seseorangitu mengikutagama(cara hidup) sahabatnya.  Oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapa yang sepatutnya dijadikan sahabat."(Riwayat Abu Dawud,at- Tirmizi dan al-Baihaqi)

Berkata Saidina Ali r.anhu:

  " Saudaramu yang sebenar ialah orang yang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan dia sanggupbekorban keranamemberi manfaatkepadamu, dan dia sanggup memecahkan(menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian."

Seandaikan rakan kita mendoakan kita di media sosial maka kita dokan kembali buat mereka dan yakinlah bahawa malaikat akan mendoakan kembali untuk kita.  Itukan cara mudah kita mendapatkan doa malaikat.  InsyaaAllah...Aamiin

Daripada ummu Darda' r.anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

   "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada malaikatyang menjadi wakil baginya, Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat tersebut berkata: "Aamiin, dan engkau pun mendapat apa yang dia dapatkan." (RiwayatMuslim)


                                              SAHABAT DUNIA AKHIRAT.

Rinduku tak henti bertandang...

Rinduku tak henti bertandang...



Tiba2... Bila dah kutulis... Teringat lagu kegemaranku ini... Selamat pagi semua... Moga Rindu kita, bawa kita kesyurga Allah... 


Rindu...

Perasaan yg bernaung kpd sesiapa sahaja. Robbku, daku sebenarnya di himpit rindu kpd sesiapa sahaja dlm kenanganku...

Semalam Kak Hindon call... Kami serentak menyatakan rindu... Hihi... Moga dapat berjumpa lagi... Daku blum bust keputusan... Lihat pagi ini samaada daku yg jemput Kakakku kesini atau daku yg pergi ke sana... Jika kesini daku ingat nak buat Mee Rebus yg sedap tu... Menunya adalah pemberian kawan Kak Hindun puluhan tahun dahulu yg daku selalu buat untuk open house ku di Lenggong... Rakan sekolahku suka sangat hingga mintak resepi nya dan Cikgu Norathmah ambil resepi dan beri pada Syukri...

Hihi Syukri buat untuk jamuan... Ummm sangat dengan pujian tetamu... Daku titipkan rasa terima kasih kpd kawan kakakku itu dgn rasa syukur dan moga dia mendapat pahala dari ajaran Menunya... Tq moga Allah anugerah pahala sejumlah ramai org yg menggunakan resepi nya. MaasyaaAllah...

Baby kucing ku terjerit selagi tak nampak daku keluar bilik... Kalau daku mati... Tentu babyku rindu aku... Daku tgh solat... Sat2 tadi anakku cuba buka pintu bilikku minta agar daku panggil Baby... Hihi habis solat daku panggil... Terus diam... Kasih sayang sebenarnya sukar nak padam.. Ntah lah itu binatang... Jika manusia lagi berat tanggunggannya. Rabbku Bantulah kami menangani ini semua mengikut lunas Agamamu... Jadikan Sabar dan Redho kami bawa pahala ke SyurgaMu Rabbku.Ini adalah ujian perasaan terhadap makhlok Mu... Kami Redho... Kami Sabar dan Kami Taat.. Aamiin... 

Apa. Khabar..