Jumaat, 12 April 2024

LARANGAN BERTANYA HADIS | BAGAIKAN KATOLIK ABAD PERTENGAHAN

AWAL-MULA LAHIRNYA TUDUHAN GELARAN WAHABI!!

Hari terakhir berbuka puasa tahun 2024


Hari terakhir berbuka , lemang telah dapat dan rendang telah tersedia, maka kami berbuka dengan lemang di cicah sambal hitam Serawak hasil masakan anakku.  Dia di serawak lama belajar, minatnya masakan Serawak.  Lagi pon dari kecil anakku telah terbiasa dengan rempah masak hitam Kak Esah jiran kami yang menjual Rempah Masak Hitam Serawak yang mana setiap kali Kami balik ke Taiping , anis akan pergi membeli 10 paket Rempah masak hitam Serawak untuk di bawa balik ke Taiping. 
Oleh kerana sudah ada pulut mengenyangkan maka daku hanya buat Mee Goreng Korea sahaja untuk berbuka kali ini.  Di samping itu daku juga jadikan Limau Sunkist sebagai pembasuh mulut kami dan sirap merah saja sebagai minuman menghilangkan dahaga.


Mee, lemang dan Sambal Masak Hitam Serawak.


Kagum dengan Lemang yang dibuat secara tradisi ini, sedap sangat dan lain kali memang tak boleh kecualikan Lemang ini...Syukur Ya Rabb.  Sedap sungguh macam Lemang yang mak buat masa kami kecil...Daripada Bapakku membakar lemang sehingglah jatuh tugas kepada anak2 lelaki Pak dan mak sudahnya tugasan membakar lemang...Mereka saudara lelaki kami yg Enam pandai membakar lemang.  Tapi ada yang dah kembali keRahmatullah.  Moga mereka selamat dalam pelindungan Allah di sana.


Ini Sambal Masak Hitam Serawak.  Daku komen ..Sedap sangat.  Mungkin kerana kami dahulu sentiasa makan rempah masak hitam Kak Esah...dari Serawak.   Semoga Kak Esah di rahmati Allah dan tenang di persemadiannya. Ya Rabb.


Sahabat ku semua.  Ini adalah mee goreng dengan SosKorea keluaran ADABI.. Saya rasa sahabat semua kena buat ini ,untuk sahabat cuba rasanya yang sangat enak sehig sorang pengantin baru pernah berkata "Diantara mee yang paling sedap yang pernah dia makan selama ini"..Komen saya memang sedap.  Telah saya share di Youtube saya di "Laman Noraini"


           Minuman kami hanyalah light sirap tak manis sangat supaya sehat dlm bulan Ramadhan ini...Tq Rabb...Syukur.



Pembasuh mulut Limau Sunkist sahaja.  Ini semua untuk memudahkan pencernaan. Syukur.

"Salam Selamat Hari Raya Semua"

"AllahhuakbarAllahhuakbarAllahhuAkbar
LaaIllahhaillallahhuwallahhuakbar.Allahhuakbar walillahhilhamd."
           Jangan Lupa bertakbir di tiga hari Raya ini.  Terima kasih.  Moga sejahtera Selalu...

#749 Khutbah DrMaza Yang Menggegarkan TikTok Pagi Raya! Jom Kita tonton ...

KHURAFAT DIDALAM SELAWAT YAAHANANA

Khamis, 11 April 2024

Raya rumah Maznah

 Raya Puasa 2024 di rumah Maznah.


Berfoto kenangan Raya Puasa 2024 di Rumah Maznah Bandar Baru Bangi.
Ni Baru lepas Raya Rumah Kak Kamsiah Hindon tapi tak ambil gambar.  Maznah memang rajin bergambar...Ini selepas makan Maznah nak ambil gambar...pegang tangan... Anak2 di atas tu cakap kita pon pegang tangan juga ...hihi kelako depe...



Daku masih makan depe dah nak ambik gambo...on je la...Hari ini Aini masak Mee Hijau.  Every year Aini akan buat mee Hijau...Sedap.





Ni dah lepas makan Maznah nak ambik gambar kat situ...hihi Maznah ni rajin betul ambil gambo...






Daku dengan Maznah adikku...Kami memang macam kembar...Dari kecik baik berdua...
Kesekolah berjalan kaki berdua...Ingat lagi Maznah bawa payung merah hati daku bawa payung pink, Pak beli untuk kami...Jauh hampir 4 km ke sekolah tapi happy dengan kawan2 yg menunggu di tepi jln...hihi...


Maznah mesti nak rakam kenangan.  Dia rajin sangat...Banyak merakam kenangan Maznah ni ..Baik Maznah mahupon Zam, dua2 suka rakamkan gambar. Dari anak2 mereka kecil...


Daku dengan anakanda Faiz anak Maznah.  Daku kata Hansome berjubah, macam anak Arab...Maznah usik dia macam anak Bangladesh...hihi......Rajin menolong anak Maznah ni ...Sejuk dia mengandungkan Faiz...syukur


Faiz tersangatlah baik orangnya.  Rajin menolong ibunya mahupon ibu2 saudara Faiz...Bertuah Maznah......Sejuk dia mengandungkan Faiz...syukur


Maznah mesti nak daku ambil gambar dengan Anis...Buat kenangan rumah Maksu tahun Raya 2024(Raya Puasa) katanya...


hihi...lagi.


Kita orang bertiga beradik...Pegang tangan...kepal tangan...mereka jelous...
mari kita pegang jugak kata Alya...


Daku dan Maznah..Kami memang rapat dari kecil lagi. Hi Hi...


Alya ,Mariam dan aini dan kami 3 beradik yg masih ada...termasuk ada 2 lagi saudara perempuan di Perak...Kak Nyah dan Kakak.


Kami baru lepas makan Mee hijau yang aini masak.  Aini dan Alya masak Rendang petang semalam.Anis , Daku, Maznah  dan Kak Kamsiah serta Mariam yang berdiri. menantu Maznah. Isteri Faiz.


Anis, daku, Maznah ,Mariam (Berdiri)dan Kak Kamsiah..


Aini pula join.  daku , Maznah Mariam Kak Hindon dan Aini.



eh...Ada jugak foto daku sorang...


Daku dan adikku Maznah. Moga kami panjang umur di murahkan rezeki oleh Allah.

\
Eah eh ada lagi gambar...berdua...


Ini betul2 kami 3 beradik...Moga kami sihat Yaa Rabb. 


Adikku Maznah, sihat kami semua bila bertemu...


hihi 3 beradik, kami...


Zam join bila baru balik dari surau....


Raya 2024 di rumah Maznah dan Zam...Landscape


 
Gambar bentuk potrait.


kami lagi


dan kami....


Dan kami...


kami pegang tangan...mereka jelous...mereka pon...hihi...



Ya Rabb... Makbulkan doaku...


 

Apa. Khabar..