Jumaat, 29 Mac 2024
Berbuka kami pada 17 Ramadhan,
Hari ini menu mudah sambal Sotong Buncit di tumis dengan terung cawin/terung pipit. Sambal Kelapa dengan Ulam Kacang botol/kacang sayap, roti John Anis buat, samosa anis daku tolong balut ja. dan air sirap longan. Pon dah cukup hingga daku lupa buah pembasuh mulut, masa makan...hihi

Air longan sirap ini pon telah menghilangkan dahagaku.
Roti John anakku buat...Eh! sedap pada yang selalu dibawa balik Anis bila habis mesyuarat tu...
Kacang botol/kacang sayap kegemaranku, sedap sangat bila dicicah sambal kelapa/sambal nyior.
Samosa Anis, daku tolong balut. Sedap sangat kerana rangup ,tidak berminyak seperti yang dibeli.
Memang sedap buat sendiri
Sotong Buncit Tumis dengan Terong Cawin/ Terung Pipit. Memang mengancam di tumis dengan Ibu sambal yang baru kami buat tadi.
Menu simple hari ini pon dah mebuatkan aku bersyukur pada Allah yg menganugerahkan daku rezeki..Ya Rabb aku bersyukur padamu meskipon masa makan ku teringat anak2 dan orang2 di Gaza berbuka dengan rebusan rumput...Kau balaskan lah mereka dengan SyurgaMu yang melimpah ruah kenikmatan itu Ya Rabb. Sabarkanlah mereka. Kau kuatkanlah daya tahan mereka menghadapi Ramadhan ini Yaa Rabb Allah Yang Maha Kaya. Aamiin.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Apa. Khabar..
-
Bangi 16/12/25 Bersamaan 25 Jamadilakhir 1447. Saturday, October 25, 2025 Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga...
-
Allah yang maha perkasa. "Al Qawii yul mateen" KIV...Eni...
-
Subhanallah.... Inilah ciri-ciri para wanita calon penghuni syurga | ust... Sabtu, 25 Oktober 2025 Saturday, October 25, 2025 Subhanallah....
-
Nak khusyuk dalam solat...tak boleh dapat dari mana2... Boleh dapat dari mana? Khusyuk akan seronok. Khusuk kena baca ayat yang panjang d...
-
Jika anda ingin berlumba salam sesuatu, berlumbalah untuk meraih keredhaan Allah dan mencapai tempat tertinggi didalam syurga. Mari kita ber...
-
Monday, 17 November 2025 Pengajaran yang lepas" Telah keluar rombongan...Kalau ada barang bersama... Telah berkata bapak mereka...Ro...





