Sabtu, 6 April 2024

Menu berbuka Puasa dengan Anakanda Aini Rohaya dan cucunda Husna



Kami masak ,sambal udang masak lemak kegemaran cucunda Husna dan anakanda Aini.  Daku masak guna Ibu sambal, mudah ja ,  Anis beli udang, masa balik.  Daku masak sotong kering berkacang ,
Masak goreng Gulai Tok Wan, Anis masakkan sayur Kobis Tauhu serta Soon kemaran Husna  dan Anis.  Popia goreng, Nanas Madu,  Bukan bermadu memang daku tak gemar.  Air Zus yang di order Aini.  Rasa melon dan Coffee.  Aini pengemar Coffee.

 

Nenas madu ini sangat manis.  Kalau bermadu memang bukan pilihan aku tapi Nanas Madu untuk berbuka ya memang daku suka.  Sebut Bermadu daku banyak dengar cerita sedih kak Hindon...Dia kata sikap suami yang macam baik tapi zalim bagi aku, pinjam telefon dia nak call isteri lain...Sikit aku tak gemar cerita macam tu...Daku kata betul lebih baik bujang sampai mati tak kecil hati..(Selingan)
Bukan suami pilihan perempuan kalau macam tu...
Bagi aku Rasullah ja boleh adil dalam bermadu...orang lain tak...Tak apa pilihan di tangan perempuan...Jangan mahu jika dirimu hendak dimadukan dan jangan cuba ganggu suami orang .  InsyaaAllah.. Eni akur itu....   


Ini adalah sotong kering tumis cabai yang di letakkan kacang tanah yg telah di tumbuk...Kegemaranku..
Sedap sangat.  Masa kecil sekolah rendah kami beli sotong bakar kantin Pak Mat...Sotong sebesar 1/3 tapak tangan di siram sambal kuah kacang...Sedap lah sangat.  Masa beli ada budak2 sebut Janggut Pak Mat..hihi...mereka nak bahagian janggut sotong...Sedap sangat


Ini masak lemak sambal udang petai...MaasyaaAllah sedap sangat kegemaran cucunda Husna.  Dan anakanda Aini.  Anis usaha keluar pergi beli untuk makanan kegemaran mereka berdua.  Sedap sungguh .  Agak pedas sikit ,  anis kata tahap pedas atas padaku jadi daku tumis agak pedas daku boleh makan aja ...tapi Husna rasa pedas jugak.


Sedap nya sambal Kering Tok Wan ni.  Ini sambal nostalgia Tok Wan masa duduk kat kebun,  Bila kami hantar lauk Pak akan perhangat jika tak habis.  Esok ada lagi yang tak habis Pak cantum dan keringkan...Hingga beberapa hari.  Bila kami datang ke kebun Pak ...kami yang tolong  habiskan  Gulai Kering Pak...Pak! Pak! Kami sayang !Pak.  Ini adalah gulai2 yang masih elok dlm peti sejukku daku masak macam pak masak.  Tapi daku tambah Halia, Bawang besar dan serai untuk tukar kepada aroma rendang letak kicap.../Amboi mak! sedap...hihihi


Ini Popia goreng di goreng bila dah hampir nak berbuka supaya rangup...Popia kabonara 
anis beli kedai frozen dan popia yg daku buat. 


Ini sayur kobis campur soun ,dan tauhu.  Letak santan.. Masak sayur "Kobis Tauhu Soun"...Haa tu nama dia...Anis suka kobis dgn tauhu  dan husna suka Soun tu...



Ini air melon dpd Zus dan air jaguing yang ku buat partinya letak susu.  sedap bukan main...
bukan puji diri tapi memang sedap di lidahku...hihi.


Aini beli Zus Coffee dan air Melon Strawberry...dan Husna pulak beli Lemonade.

Menu berbuka kami semalam Jumaat malam. 
Terima kasih Allah dan syukur dengan rahmat Allah terhadap makanan yg Allah anugerahkan 
kepada kami hari ini.  Wassallam.



Terbuka Puasa Awal: Wajib Qadha Atau Tidak?

Don Daniyal Nyanyi Berduet, Ikut Hukum Mazhab Mana Tu?

hukum apa yg mengharuskan nyanyian dan alat2 muzik...?
meskipon membolehkan...ia adalah harus dlm terkawal...
i

Buat wanita


 

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat

 

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat



Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu

Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw amalkan untuk permohonan doa.

Berdoa ketika ini adalah masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.

Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim

Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah saw adalah dengan membaca doa berikut :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim

Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar tersebut.

Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan menamatkan Solat.

 
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam dan Menyelesaikan Solat Tersebut.

Maknanya Dijelaskan Lagi Jika Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu, Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ

“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir, maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim

Maka Doa ini Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..

Wallahualam..

Sahih Al-Bukhori 94,