Isnin, 26 Februari 2024
3 Doa harian mudah jangan tinggal
3 Doa harian mudah jangan tinggal
Assalamualaikum...
Amalkan 3 doa penting ini setiap hari. Doa tersebut adalah
1) Allah humma inni as aluka khusnul khootimah
Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadamu Khusnul Khootimah
2) Allah hummar zukoni Taubatan Nasuha Khablal maut
Ya Allah berilah aku rezeki Taubatan Nasuha sebelum wafat
3) Allah humma Ya muqallibal qhulub Salbit Qolbi ala di nik
Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada AgamaMu.
Ahad, 25 Februari 2024
Your dreams will come true.
Kelmarin Kak Hindon call Anis...Hihi kak Hindon bayar duit telekung yang dikirimkan kepada Anis.
Anis terus cakap ajak mak Ndaknya pergi Vietnam bahagian Utara di mana di situ agak sejuk. Kak Hindon jenis tak tahan panas. Kalo pergi rumahku pon mesti nak ada Air Condition...Tak tahan sungguh dia pada panas. Mak Ndak tak berapa setuju gi Vietnam, mak dak dia dah pergi dulu, tapi Mak Ndak suggest, nak ajak mak pergi Bandung. Sedangkan dia dah pergi Bandung. Seronok benarkah Bandung tu agaknya.
Tapi Mak Ndak Anis kata, sebenarnya Mak Ndak teringin nak ajak Mak gi Jepun sekali lagi...Suka sungguh mak Ndak Negara Matahari terbit tu. Tak pa kita simpan duit kita pergi sekali lagi. InsyaaAllah. Dakupon suka jugak Jepun. Sekarang dah ramai orang Islam di Jepun...Syoknya!
Daku perlu pergi sana dulu, baru dapat tunaikan jalan luar Negeri dgn Mak Ndak Anis. Daku perlu kayuh basikal ni 2 km sehari untuk kuatkan saraf kakiku. Daku dapati anis yang legament pecah dah boleh jln dah dengan pergi physioteraphy. Beribu Anis habis. Ahli physio tu suruh banyak kayuh basikal, anis excercise dan kaki Anis kuat kembali.
Daku pernah pechah legament masa di SK Kamunting dulu...waduh makan masa 3 tahun lebih untuk sembuh. (Sebab daku tak pergi jumpa doktor pon, ubat sendiri2 ja dengar cammana nak rawat dari Ahli2 Olahraga Sekolah aja. Mereka ajarku... dapatlah daku ikut cara mereka ajar tu. Daku tunda2 lagi tak leh gi sana sorang...Tak pa daku kena kuat buat Excercise ni ,moga dapat pulih kekuatan kakiku untuk jln lebih jauh. Eni kau boleh...Kau Boleh InsyaaAllah.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...