Ahad, 1 Oktober 2023

Bantulah kami Ya Rabb



Ya Allah,  Karuniakan kami kemampuan untuk mensyukuriMu ringankan langkah kami dalam kebaikan,bantu kami untuk menjaga akhlak dan lisan kami luaskanlah rezeki. Kabulkanlah permohonan kami.  Aamiin Yaa Rabbal' Alamiin

 

Sabtu, 30 September 2023

Malam Nisfu Syaaban.

 



Keutamaan Bulan Syaaban.
Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"
Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."
Dalam Kitab An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban,"
Baginda bersabda:

Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."
Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban."
Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya." Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"
Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar. Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana hati-hati mati.
Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya. Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga. Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.
Malam itu juga dinamakan malam Makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa. Kadang-kadang disebut malam pembebasan.
Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan. Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban. Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku. Dia masuk bersamaku dalam selimutku. Di tengah malam aku terbangun. Tiba-tiba baginda tiada disisiku. Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah." segera aku keluar dan aku melalui masjid. Aku langkahkan kakiku padanya. Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya. Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. " Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban? Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."
Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut malam Qiamah dan Takdir. Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain. Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati. Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."
Mac 2022

Khamis, 28 September 2023

Jom Puasa Hari Putih


 

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT

 AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN,

 KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

BUMI AKAN MENJADI SAKSI

 BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Mengubah Ciptaan Allah S.W.T


MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
“Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.