Selasa, 18 Februari 2025

Tips Ustazah Muda dan Tua yang berbeza...hihi...

Assalamualaikum...

Menjelang Raadhan Al Mubarak...

Kita kena menang.!

Kita kena Redho,

Jangan kalah dengan syaitan yg menghasut.

Hari demi hari syaitan tak putus2 akan menghayut umat Muhammad.

Kita kena berusaha untuk lupakan sesuatu hanya kerana Allah, tapi jangan mintak lupa macam aku dulu,

Bila aku mintak lupa...tak bersandarkan kerana Allah,  aku hampir jatuh di Bas

 Stand Klang puluhan tahun dahulu.kerana ambil ginseng untuk menambahkan

 ingatanku kembali.  Padahal pada masa itu, tak aku fikirpon haram halal

 ginseng tu .  Entahkan apa kandungannya.  Eni ! Eni !..

 Mohon keampunan dari Allah  jika ginseng tu haram...MaasyaaAllah ...baru

 teringat hari ni.    Ampunilah aku ya Robb!   Nasib ingat.  Tapi ...jangan sekali2

 minta kia lupa.    Salah tu..Benar2 salah!

Alah ciptakan Ingatan dan Lupaan ada sebabnya.  

Ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek.  

Lupaan adakah baik?   Memang ada baiknya tapi semua mesti ada dgn

 bantuan  Robb kita.     (Bantuan Allah) Ingat...segala yang kita minta mesti

bersandarkan kepada KERANA ALLAH. 

 Jika tidak jangan.  Kita tak mampu membuat keputusan sendiri. 

 Semua mesti berlandaskan aturan   Allah menurut batasan Islam.  

Mesti bertawakkal dan membuat penyerahan diri kepada  Allah 100%.  

Doa ini bagus jugak jika kita selalu amalkan pagi dan petang. 

 Ada terselit doa ini dalam Dzikir Pagi.

Ya Haiyuyakhaiyum...Birahmatikaas taghi su ...Ashlekhli syakni Kullahu   Wala takilni Ila nafsi  Tarfataain...

Wahai Robb yang Maha Hidup, Wahai Robb yang Maha Berdiri Sendiri,dengan Rahmat-Mu aku meminta pertolongan -Mu perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku meskipon sekelip mata tanpa mendapat pertolongan-Mu.  Aamiin.

Daku dapat tips dari Ustazah Muda ni.  Dia ustazah yang selalu mengendalikan kes2 di Mahkamah Syariah.  Mari aku khabarkan di sini.  Tip ustazah muda ni berbeza dengan tips Ustazah Tua...hihi.  Memang lah mana boleh otak manusia tu sama kan.  orang Muda dan orang tua ada bezanya...

Meh aku ceritakan!  aku letakkan di sini tips dia.  Hi hi..  Jika kita ada masa lampau yang mengganggu kita...Ini ajarnya.  Ha ha ada 2 Versi yang berbeza.  Ustazah muda ni nak jadikan insan tu kuat...Dia ajar macam ni.


Tolong lepaskan masa lalu ! Lepaskan masa lalu !

Lepaskan masa lalu.  Jika kamu tidak lepaskan masa lalu , ibarat kamu membawa beban ini atas bahu kamu. Kamu bawa kemana-mana.  

Kamu baru nak bahagia masa lalu tarik kamu supaya kamu menderita, Kamu baru nak berubah masa lalu tarik balik supaya kamu jadi  seperti diri kamu...

Kamu letakkan masa lalu yang  sangat membebankan dan sangat gelap itu. Lepaskan dia.  Kamu letakkan masa lalu itu  dan serahkan pada Allah.  Kamu akan damai.

Mari kita lihat apa yang diajarkan oleh Ustazah yang lebih tua daripada Utazah muda itu...Lihat

Apa kata Ustazah ini...

Jatuh hati bukan kehendak kita.

Jatuh hati adalah kehendak Allah.

Jangan marah...Kenapa saya suka awak dan awak suka saya?

Tapi ambil doa ni...

Ya Allah kalau ini jodoh yang kau takdirkan, jadilah yang terbaik.

Kalau ini pilihan aku dan bukan pilihan Engkau, keluarkanlah.

Kalau ini pilihan Engkau dan pilihan aku,  ketemukan. 


Ya siapa lebih matang?

Aku dapati Ustazah yang Tua ini lebih matang .  hihi Itu persepsi aku tapi Ustazah muda itu jugak ada betulnya dia tak mahu hidup dihantui oleh bayang2 derita lama.   

Itu sahaja lah celoteh aku hari ini.

Kena fikir pulak daku nak masak apa hari ini.

Baru teringat daku sebut nak buat Nasi lemak semalam.

Anakku dah belikan telor yg dah tinggal sebiji...hihi.Dia juga belikan buah

 tembilkai untuk kami serta nanas.  Besok daku boleh masak Pajeri Nanas.  

Bye dulu.  Moga kita dalam rahmat dan pelukanAllah sentaiasa Aamiin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan