Ahad, 16 Februari 2025

Aku sedar tak patut aku ambil tahu hal kau,

Assalamualaikum. 

 Maafkan aku kerana banyaknya aku sakitkan hati kau.  Kau masih datang  juga.  Mengata isterimu  bersalah, memang tak kena tapi punca salah sebenar ialah suami yang tak mendidik isterinya.  Bukan salah iserimu seorang, anak2 tidak menutup aurat.  Kau yang tidak mendidik dia menutup aurat dgn benar dari awal.  Salah itu cubalah dikau betul kembali bersama.  Kesianlah dia.  Kalian masih punya banyak masa untuk betulkan kesilapan.  Berjasanya dia pada engkau terutama keluargamu. Aku sebenarnya tak ada hak pon untuk turut campur hal peribadi kau.  Teguran ini datang dari sanubariku kerana Allah sahaja.  . Tamatkanlah hidup sia2 yang melupakan arahan Al Quran dan hadith.   Aku nampak kau berbangga sangat dengan pangkat yang kau ada, sebagai seorang ayah, suami dan keluarga kaya yang bahagia.  Bukan begitu caranya.  Kau kena banyak bersyukur dengan pemberian Allah itu dengan lebih mendekatkan diri pada Allah Azzawajalla.   Banyak2 lah muhasabah diri.  kau masih belum terlambat .  Bawa ahlimu semua menuju syurga Allah.   Maafkan aku atas segala teguran.    Aku tolong doakan engkau kerana Allah agar kau berjaya.  Aamiin.

Aku yang masih alpa dan lalai , masih muhasabah diri.  Menegurmu untuk berbuat baik sangatlah indah bagiku.  Moga  engkau dirahmati Allah,.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan